Friday, June 13

GemuKKKK vs Kurus

salam.. Ok tak tajuk ari ini.. hehhee. Gemuk vs Kurus. Tajuk ni bukan nak buat perbandingan antara dua kategori tu pun. Hanya nak bagitahu Ibu dah Gemukkk.. sebab sebelum ni kurus. huhuhuhu.. Cam mano nak kurus kalau makan tak boleh kurang.. kan kan kan...

Ni citer tengahari tadi sebenarnya. Masa makan tengahhari.. lauk best wooo.. masak lemak pucuk ubi , sardin dan ikan masin.. bestt giler.. kan kan kan.. tambahan plak orang yang masak tu.. masak dengan penuh kasih sayang.. hehehehe Kak Amnah.. rakan opis ibu yang masak. Ibu mmg tukang makan jek.. hahhaha.. bley.. Ibu makan dengan rakan-rakan opis di pantry termasuk dengan adik-adik PTS..( pembantu tadbir sementara). makan sambil golak golak.. biasalahkan.. sambil makan tu.. duk citer pasal diet ni la.. bley.. makan dengan seleranya sambil citer pasal nak diet.. kan kan kan.. citer jek lebih.. dietnya idak. hahhaha.. Sambil cerita tu sorang adik PTS ni nama dia Zulaika. orangnya putih gebu.. come.. cantik.. solo lagi kot.. hahhahaha... main belasah jek aku.. citer pasal dia dulu gemuk 105 kg.. sekarang beratnya mencecah 60 kg.. perghh terkujat.. lepas tu dia kata.. dia ada hantar testimoni di web Kevin Zahari. Perghhh.. So apolagi.. Kak Amnah lopeh jo makan terus google web Kevin Zahari.. jeng jeng.. ni blognya kevinzahari.com dalam ni ada citer pasal Zulaika. tak bohong punya cerita.. betui.. ibu tgk betui betui,.. ni citer pasal Ika..zulaika diet kome clik la kat situ baca.. citer betul punya.. lepas si Ika cerita.. ibu, Kak Amnah dan Kak Hasnah berkobar kobar semangat nak turun kan berat badan.. hahhahahaa.. semangat tu mmg ada..nak diet tu.. alahai... kurang kan makan.. selalu buat cardio.. hahhaha...  ni cara kurus ika..

10 Amalan Diet Untuk Kurangkan berat badan?

  1. Amalkan makan bijiran, oat
  2. Minum yogurt
  3. Minum green tea
  4. Makan mengikut jumlah kalori diperlukan selalu. (Untuk panduan dan belajar menyusun diet untuk keperluan kalori, dapatkan eBook Kevin Panduan Kurang 5kg 5 Minggu)
  5. Membuat cardio tiap malam or menari
  6. Makan buah-buahan segar .
  7. Eat healthy foods only tapi ada seminggu sekali untuk cheat day.
  8. Kena ingat kita makan bukan untuk kepuasan tetapi makan untuk sihat.
  9. Bangun awal pagi dan jangan skip breakfast walaupun kita tak rasa lapar.
  10. Satu tips yang saya amalkan sampai sekarang elakkan atau kurangkan makanan fast food. Baru saya sedar, bahawa fast food la pembawa kegemukkan saya.
Adeh,,, yang no 4 tu.. makan ikut kalori yang diperlukan.. hahha so Ika kata.. " pn dowload la software myfitnesspal.. hahha ni link diahttp://www.myfitnesspal.com/ . kat HP pun boleh download. kome pergi kat playstore taip le myfitnesspal. so senanglah nak kira.. so setiap kali nak makan boleh kira kalori nya berapa dan berapa kalori yang kita tinggal untuk hari ini.. hahhaha.. adeh.. lepas tu kami ini dok kira kalori yang kami dah lahap dari pagi tadi sampai tengahari ni.. tgk ibu punya kalori yang ibu dah lahap... hahhaha adehh..

tgk... tgk... hahhaha sepatutnya hari ini hanya 1200 kalori jek.. hahhaa baru tengahari.. ibu dah telan 1169 kalori.. adeh.. tinggal lagi 31 kalori.. so kalau ikut kan mamlam ni tak leh makan lagi la.. hahhahahhaa.. adeh adeh adeh.. tolongggg tolongggg.. boleh kee.... boleh ke... Ayah.. boleh ke orang buat cam ni. hahhaha.. so malam ni tak mo makan la.. hahhaha..  dari fitnesspall ni ibu, Kak Hasnah dan Kak Amnah nak tgk pada 5 minggu akan datang iaitu pada 18hb Julai.. berapa kg kami akan turun ... hahhaa bley kee.. bley.. ni... Ika kata.. kelvin pernah cakap

" “ukur badan kita bukan hanya melalui timbangan, tetapi ukurlah badan kita mengikut apa yang kita rasa, jika kita rasa selesa dengan badan kita itulah yang terbaik”. "

hahhaha.. terus ibu kata.. skang ibu selesa dengan badan ibu.. hahhahahhaha.. bley.. maknanya tak yah dietkan kan.. cehh ayat helah bela diri tu.. hahhaha lagi satu ayat helah bela diri ibu ialah.. ala.. orang kata.. kalau kurus sangat suami tak best nak peluk.. wakkakakak jahat kan.. sebab tak mo diet.. banyak na alasan.. wakakka tak bagus.. tak bagus.. jangan ikut tau!!!

Kalau ikut kan si ika ni dia kata.. Tidak, saya langsung tidak menggunakan sebarang supplement, ubat kurus, krim kurus dan sebagainya... 
kan kan... ibu ni banyak makan suplimen tak kurus pun.. gomok laie ado.. bukan nak salahkan suplimen kot.. cuma maybe tak sesuai makan kot.. suplimen diet terakhir sekali ibu makan ialah Shaklee. hahhaha makan alfalfa, lecithin dan soy protein dia tu.. orang kata boleh kurangkan selera makan.. tapi perghhh lepas makan bende alah tu.. bukan kurang selera makan.. tapi semangat makan berkobar kobar. hahhaha.. tak salahkan shaklee pun.. sebab tgk testimoni ramai yang turun.. mungkin badan ibu tak sesuai kot.. so semangat turun jadi naik. hahhahaha...
so.. 5 minggu dari sekarang.. mari kita lihat.. berapa kg yang ibu bejaya turun dengan keadaan berat badan skang ialah 65kg.. wakakakkakakka adehh gemuknya den.. Ikut cara ni dulu.. nak ikut cara Ija  pakai diet atkin..cam tak larat la plak.. hahhahahha....

No comments:

Post a Comment

Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan