Sunday, May 16

Hari Guru


Selamat Hari Guru
Terima kasih buat semua guru-guru yang pernah mengajar ibu, guru guru di SK batu Melintang , Tapah Perak, SMK Hamid Khan, SMK Buyong Adil dan Uitm Manjung  DIs 1996-2000 dan Uitm Shah Alam 2001.
Terima kasih kerana mendidik sehingga berjaya. Guru yang paling Ibu  sayangi Arwah Mak, Siti Saedah Binti Salam … walaupun  Mak bukan seorang guru.. termasuk gak Abah Mohamed bin baki.. tanpa kedua dua insan ini, Ibu tak kan berjaya juga. Merekalah SUmber INspirasi Ibu….
Walaupun sekarang ibu tidak lagi  menjawat jawatan sebagai guru, tetapi kenangan menjadi guru hamper 10 tahun.. mmg tak mungkin ibu lupakan. Terutama bila ada bekas murid murid ibu yang masih mengingati dan mengucapkan SELAMAT HARI GURU pada ibu……
Buat semua yang ingin bergelar guru dan sedang berkecimpung dalam bidang perguruan.. iKhlaskan lah hati kita untuk mendidik anak bangsa. Ibu sentiasa menekankan kepada anak murid ibu dulu.. ibu marah bukan bermakna ibu benci.. ibu marah sebab ibu masih sayangkan mereka dan ibu masih ambil berat tentang anak didik ibu…. Ibu nak mereka berjaya dunia dan akhirat…

Sajak Guru Oh Guru
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Buat Qaira anak Ibu.. Semoga ibu mampu menjadi guru yang baik untuk anak kesayangan ibu iniiiii.....

No comments:

Post a Comment

Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan