Sunday, May 16

Tangisan


 Tetiba lak n3 menangis lak kan.. haha.. bukan apo.. semalam tgk anak Ibu si Qaira ni nangis bagai nak rak.. sebab dia nak berdukung.. ayah nya tak mo dukung.. sebab badan ayahnya melekit.. Baju yang di pakainya tu sebenarnya baju lembap.. nak pi sidai.. tu baju nursery dia.. baju tu jugak dia nak pakai. Kena marah la dengan ibu jugak.. tu yang bertambah nangis tu.. 
Ayahnya bukan nak mendukungnya.. tapi sempat tu snap gambar budak bertuah ni sedang nangis sakan.. hahha. tadi ngah tgk tgk gambo.. aik.. terpikir lak nak wat N3 tajuk menangis.. hehehhee... meh layan N3 menangis lak...Layannn zzz jekkkkk..... sila sila.....
Kenapa kita harus ego untuk menangis??? Menangislah.. kerana tangisan itu sebenarnya adalah satu anugerah yang Allah berikan kepada hambanya berserta hikmah hikmah yang kita tak terpikir..
Antara faedah menangis ialah:
1.     Membantu penglihatan. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2.     Membunuh bakteria. Air mata berfungsi sebagai antibakteri .Tanpa ubat titis mata, sebenarnya mata sudah mempunyai proteksi sendiri. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 % bakteria yang tertinggal hanya dalam 5 minit. Contohnya bacteria yang terserap dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin, serta tempat-tempat yang mengandung bacteria

3.     Mengeluarkan racun. William Frey, seorang ahli biokimia yang telah melakukan beberapa kajian tentang air mata menyatakan bahwa air mata yang keluar saat menangis kerana faktor emosinya ternyata mengandung racun. Jadi, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa racun dari dalam tubuh terbawa dan dikeluarkan melalui mata.

4.     Membantu melawan penyakit. Selain menurunkan level stres, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, perasaan tertekan dan di sakiti boleh  membuat seseorang stres. Endapan stres yang terpendam dengan menahan tangisan inilah yang sering menimbulkan gejala tekanan darah tinggi dan penyakit lainnya yang dipicu oleh stres.

(petikan ini di ambil dan di perbetulkan sikit sikit dari http://niahidayati.net/arti-menangis-dan-manfaat-air-mata.html

Oleh itu.. jangan malu untuk menangiss.. tapi janganlah asyik nangis jek.. heheh. Nak nangis tu berpada pada la pulak.. kang asyik nangis jek.. orang naik rimas….

No comments:

Post a Comment

Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan