Ibu nak Review hotel ni plak.
GREEN PARK HOTEL
1, Jalan Terkukur, 28000 Temerloh, Pahang, Malaysia
Di Temerloh Pahang, Bandar ikan Patin banyak hotel yang harganya berpatutan.
Untuk Kali ini ibu menginap di Hotel Green Park Temerloh, walaupun pada awalnyang nak
menginap di Hotel Sri Malaysia sahaja. di sebabkan Hotel Sri Malaysia penuh,
ibu terus tanyakan pada receptionist nya di mana hotel di Temerloh ni yang selesa dan
paling penting ada parking sebab masa lalu di dalam bandar ada banyak hotel yang
tidak ada parking. Parking open. Bila parking open ni.. susah sikit. Merek cadangkan Hotel ini.
Bilik di hotel ini boleh di kategori murah jika dibandingkan dengan keluasan dan
keselesaannya. Bilik ada macam-macam jenis. Nanti jika berminat nak tinggal sini boleh la
sewak web mereka Hotel Green Park. Hehehe kalau tgk web hotel ni mmg simple.. hahha
secara jujurnya web dia mmg tak cantik.
Ok ini bilik yang ibu tempah. Di Tingkat 1. Bilik yang besar. Katil Queen, bersih dan kemas
ok kan..besar jugak la dengan harganya yang agak berpatutan
Jeng-jeng.. bilik air dia ada tab mandi. Besar dan selesa
Tv dan meja solek. Sila Abaikan meja solek yang berselerak tu.. hahhahahhaa
Harga untuk bilik yang ibu tinggal ini ialah.. RM 125 termasuk GST hokey. hehhehe..
So dgn nilai bilik yang begini.. sangatlah berbaloi .
Apalagi.. letak beg.. mandi.. Jom.. makan ikan patin tempoyak di Temerloh.. hahhaa
C wok Cafe.. terbaik punya masak tempoyak di. hehhe
ha,.ini map nyer..
No comments:
Post a Comment
Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..