Showing posts with label Iktibar. Show all posts
Showing posts with label Iktibar. Show all posts

Thursday, April 22

N3 GeraM!!


 Kali ini adalah n3 ibu. Ketidak puasan hati ibu bila membaca akhbar harian metro yang tajuk nyer..

Nak tahu sebab apa ibu sakit hati?? Sila lah klik dulu tajuk berita kat atas ni dan dtg ke sini semula, baru bleh paham.

Persoalan,
Alasan terlewat bangun tidur tidak dipedulikan cikgu wanita berkenaan yang memarahi saya sebelum dia menghalau saya pulang sebagai hukuman kerana datang lewat".
<-- ini alasan orang tak berapa nak cerdik.. so mmg la kena denda. Kenapa bangun lambat pergi sekolah? Kalau lambat.. Subuh macam mana?? Ha jawab-jawab.. alasan ni adalah alasan zaman jepun.


Ayah pula tak puas hati dengan tindakan cikgu wanita berkenaan dan membawa saya ke sekolah untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Desa Putra, Manir, semalam. 
<-- ha ni selalunya kalau tak puas hati, mesti datang sekolah marah-marah cikgu, lain kali bila nak datang ke sekolah kena berhemah skit.. jgn main terjah..

“Dalam keadaan saya memintanya mengatur pertemuan dengan pengetua, tangan saya secara tidak sengaja tersentuh kepalanya(cikgu wanita tu) dan itu yang mengeruhkan lagi keadaan,”
<-- secara tak sengaja??.. r u sure secara tak sengaja?.. kalau datang sekolah dengan perasaan tak puas hati, mesti emosi mengatasi akal. tu sah sengaja..yg tgn dia nak melintas atas pala cikgu wanita tu apsal? tapi sebab masuk berita, kata lah tak sengaja, nanti orang tak salahkan awak kan.. kalau betul tak sengaja, u bley say sorry pada cikgu n explain tak sengaja.. ni tak..!! 




Surat kabar ni bukan leh percaya sgt.. sepatutnya kena amik statement dua dua pihak.. bila kuar surat khabar mende ni dah menjatuhkan martabat perguruan..
Tapi yang aku pasti, suami cikgu tu mmg salah lah. Walau apapun, kalau isteri dia kena tunjal pala pun.. dia wat la report polis.. tp bila dia belasah lelaki tu.. abis-aib guru satu malaysia.. geram nya aku....

Beginilah nasih guru..... walaupun kita berjasa mendidik anak bangsa, tapi kita selalu diaibkan oleh akhbar-akhbar dan ibu bapa yang tak bertimbang rasa. Anak sendiri tidak dididik sebaiknya.. Guru menjadi galang ganti nya.. 

Wednesday, April 21

Cinta Si Burung Layang-Layang

Selamat Hari Rabu.. Sempena hari rabu ni, kami nak berkongsi sedikit cerita tentang burung-layang. Nape HARI RABU dan nape BURUNG LAYANG-LAYANG?? Burung lain takleh? huhuhu.. Boleh jek, tp di MyQaira, hari RABU kami angkat sebagai HARI TEMA BERKASIH SAYANG dan posting2 juga akan berkisar ttg kasih sayang...dan burung layang-layang tu adalah berdasarkan cerita gambar di bawah.
Okeh, terus pada cerita. Kisah ni terjumpa di sebuah blog yg sungguh menarik bernama Inspirasi Bonda. (Sila lawat blog ini )..Gambar2 di bawah telah di ambil oleh seorang photographer di Perancis yg telah melariskan jualan akhbar pd hari kisah ini disiarkan di sana. Ikuti 1001 kisah di sebalik gambar2 ini :-

Seekor burung layang-layang yg tak mampu nak terbang lagi setelah dilanggar kenderaan.

 
Dtg rakannya @ pasangannya membantu dan menemaninya dgn penuh setia dan kasih sayang sambil membawa makanan.

 
Namun dia dtg lagi dan terkejut krn mendapati rakan @ pasangannya telah mati. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..

Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi bising seolah-olah sedang memanggil dan menangisi pemergian itu dengan hiba..

 
Masih lagi mencuba. Mungkin utk memanggil rakan-rakan yg lain dtg membantu di samping terus setia di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..

Dan akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya… Hidup menjadi sepi…

Tapi sebagai manusia, kdg kala kita terlupa utk setia pada pasangan masing2. Kesetiaan dan kasih sayang bkn 1 perkara boleh dianggap enteng atau remeh. Dengan kasih sayang, kita akan dikurniakan motivasi dan semangat utk melaksanakan apa jua urusan. Dengan kasih sayang juga, mampu menjadi penyembuh penyakit2 rohani dan jasmani.
Selagi kita hidup, selagi itu kita terus belajar... belajar... dan belajar... utk terus menyayangi pasangan masing-masing...Berkasih sayanglah dengan Yg Maha Esa, krn itu sebenar2nya KASIH SAYANG...
Renung2kan wahai sahabat..

Sunday, April 11

Kasihnya Seorang Ibu..


Salam Ahad buat pembaca semua.. lama jugak tak menulis, sibuk sikit.. so mood nak berblog ni pun kurang la kan.. Hari ini Qaira n Family duk rumah jerr.. ibu.. jalan jalan tgk facebook n blog. baca baca. kemudian terjumpa la satu blog yang menceritakan mengenai bayi yang bakal di lahirkan ke dunia.. meh la kita kongsi sama sama baca:

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia....

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ."


"Malaikat mu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"


"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"


"Malaikat mu akan berbicara kepada mu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."


"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepada Mu ?""


Malaikat mu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"


"Malaikat mu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"


"Malaikat mu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar,dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"


"Kamu akan memanggil malaikat mu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesunggu hanya


Syurga itu dibawah telapak kakimu...
 
Bila baca ni terasa sedih dan pilu, sebab malaikat ibu  dah pergi meninggalkan ibu.. malaikat Ibu dah pergi menghadap Allah. InsyaaAllah ibu akan jadi Malaikat Qaira yang baik.. yang akan memastikan Qaira berjaya di dunia dan Akhirat. dengan izinNYa..
 
Lepas tu ibu jumpa lagi satu blog.. jalan jalan.. terbaca mengenai ibu lagi..


Kartun kat atas ni merupakan cerita benar, bagaimana seorang ibu, menyelamatkan anaknya dari runtuhan. Kalau di kaitkan dengan cerita di atas.. benarlah ibu itu MALAIKAT untuk anaknya.
Inilah rupa sebenar ibu yang menyelamatkan bayinya. Walaupun ibu ini telah pergi.. tetapi kesungguhannya untuk menyelamatkan anak nya, tidak siapa boleh pertikaikan, semoga anak ini bila besar memahami dan menghargai jasa IBunya..

YA ALLAH.. jadikanlah aku ibu yang baik.. menjadi malaikat untuk menjaga dan membimbing anakku .. supaya ia dapat menjadi hambamu yang soleh dan taat kepada agama, bangsa dan negara, Semoga anak ku berjaya di dunia dan Akhirat. Aminnn

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan