Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Monday, April 26

BIRTHDAY QISTINA - PART 2 (Edisi tepek-tepek gambar)

Ni entry ayah...
Wah! ada part 2 lagi..hehehe.. sebenarnya entry ni utk tepek2 gambar seperti yg dh ckp smlm..bezanya cuma smlm ckp nak tepek sblh mlm kan, tp penat dan penat membataskan pergerakan...huhuhu.. tambahan pulak si Qaira mabuk gula-gula.. Mana tak nya, sblm sampai umah Tina dah belasah lolipop besar gedabak berharga RM2.90 kat Petronas. Sampai umah budak yg sambut birthday ni, benda2 seangkatan ngan gula2 ni jgn ckp lah.. Mkn tak beringat..ngan kek nya lagi.. balik singgah Bagan Lalang jap..ibu plak beli lagi gula2 RM5 hengget ingat nak bwk opis, tp dibelasah dek Qaira tak wape bijik mlm td.. dlm perjalanan nak balik umag dari B. Lalang si Qaira ni tdo, sampai jek umah bila nak bukakkan baju dia, tetiba mata dia cam mentol...terus celik2 mintak gula2.. adoyaiii...pastu nak tdo balik punya seksa...tu g aku kata dia smlm dh MABUK GULA-GULA...Kowang penah dengar mabuk jenis nih?...Ok..layan gambar pulak...
 
Sblm gerak, sempat bersolek, tp bkn dia, cermin yg bersolek..

Ready to go..!!!!!

Say peace to kemre, tp tunjuk 3 jari..kowang pk la sendiri apa maknanya.. aku tatau..

Buat muka tunjuk perasaan krn ayah dan ibu pada pandangan beliau sesaje jek buat2 lambat..member dh tak sabar nak melaram dah tu..paham sgt dh ngan beliau nih..

Haaaa!!!! Sampai dahhh...serbuuuuu..!!!!

Rupa bentuk kek yg akan kami baham beramai2 sat jek lagi...

Dengan iringan lagu wajib 'epi besdey', si Tina memotong kek nya. Ofkos la lilin dh tiup sblm tu tadi yekk..

Apa pandang2?? Tak pernah tgk org potong kek ke????

Muka tak puas hati sbb dia belom jamah kek lagi, org len dah lenjan dulu.. Susah nak tgk budak sowang ni senyum. Kalo dia start senyum, baru nak tekan suis kemre utk amik gambar dia, senyumnya dah surut kembali.. kene tunggu lagi...

Ni la adik Tina yg baru yg nama blom rasminya ialah Mohd Ammar ...(Amaar apo weiii..mak ayahnya tlg jwb sat)..tu ari kata Mohd Ammar Rezza...tp smlm kata hujungnya tu nak tukar lain..

Bdk baju biru tu bengang,blom turn dia lagi nak dpt kek..nasib ko la janggg..Tina buat sistem catuan kek..huhuhu

Antara def2 kehormat dari team Faiz-Farwizah. 

Antara menu2 yg terhidang sepanjang ptg tu utk dibelasah di situ juga...bkn utk ditapau pulang...


Eh! Baru nmpk cik Qaira dan ibu yek..sibuk mkn nmpk.. mana yg masih tatau lagi tu, si Qaira ni amat addicted dgn hidangan mee. Makanya beliau mampu tanpa senyum2 sikit pun demi menghabiskan mee tersebut sehingga muntah..kongsi??? No...No...No..

Akibat drpd kekenyangan yg melampau, akhirnya beliau memperoleh tenaga yg menyukarkan sesiapa utk mengikut rentaknya. Berlari dan melompat sini-sana dan muka suda atak tenyummmm..hohoo

Lagi sekali team Faiz-Farwizah menghantar wakil utk sesi bergambar dengan Qaira. Tujuannya..misteriiiiii!!!

Sempat lagi utk membalas fesbuk di saat2 porak peranda begini, antara keistimewaan beliau ini. 
Pesanan : Jgn tiru aksi ini di majlis org lain!!!!

Setelah berangkat pulang, kami 'singgah' di Bagan Lalang yg terkenal dgn pasirnya yg sgt halus dan pantainya yg sedikit kotor...huhuhu.. tujuannya utk ke satu destinasi makan-makan yg mmg best kat sana. Namun rancangan terpaksa ditunda memandangkan kesemuanya telah kekenyangan. So, next time lah bila kami pegi lagi, baru buat special entry utk restoran tu kat blog ni.

Ya Allah! Kami minta keselamatan agama dan kesejahteraan badan dan penambahan ilmu dan keberkatan rezeki dan suka takut sebelum mati, mendapat rahmat di waktu mati dan keampunan sesudah mati.

Qaira p main pasir2 tu dulu...Ibu ngan ayah nak melaram jap...hohoho..

Ni la gula-gula lolipop yg aku ckp memula entry td.. sblm ni penah beli design bulat lagi besau drpd ni..harganya RM7.90. Kat seminggu gak tak abis2..Susahnya jatuh berkecai...campakkan... yg ni tatau la bila nak abisnya..

Cau cin cin...

Sunday, April 11

Kasihnya Seorang Ibu..


Salam Ahad buat pembaca semua.. lama jugak tak menulis, sibuk sikit.. so mood nak berblog ni pun kurang la kan.. Hari ini Qaira n Family duk rumah jerr.. ibu.. jalan jalan tgk facebook n blog. baca baca. kemudian terjumpa la satu blog yang menceritakan mengenai bayi yang bakal di lahirkan ke dunia.. meh la kita kongsi sama sama baca:

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia....

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ."


"Malaikat mu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"


"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"


"Malaikat mu akan berbicara kepada mu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."


"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepada Mu ?""


Malaikat mu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"


"Malaikat mu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"


"Malaikat mu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar,dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"


"Kamu akan memanggil malaikat mu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesunggu hanya


Syurga itu dibawah telapak kakimu...
 
Bila baca ni terasa sedih dan pilu, sebab malaikat ibu  dah pergi meninggalkan ibu.. malaikat Ibu dah pergi menghadap Allah. InsyaaAllah ibu akan jadi Malaikat Qaira yang baik.. yang akan memastikan Qaira berjaya di dunia dan Akhirat. dengan izinNYa..
 
Lepas tu ibu jumpa lagi satu blog.. jalan jalan.. terbaca mengenai ibu lagi..


Kartun kat atas ni merupakan cerita benar, bagaimana seorang ibu, menyelamatkan anaknya dari runtuhan. Kalau di kaitkan dengan cerita di atas.. benarlah ibu itu MALAIKAT untuk anaknya.
Inilah rupa sebenar ibu yang menyelamatkan bayinya. Walaupun ibu ini telah pergi.. tetapi kesungguhannya untuk menyelamatkan anak nya, tidak siapa boleh pertikaikan, semoga anak ini bila besar memahami dan menghargai jasa IBunya..

YA ALLAH.. jadikanlah aku ibu yang baik.. menjadi malaikat untuk menjaga dan membimbing anakku .. supaya ia dapat menjadi hambamu yang soleh dan taat kepada agama, bangsa dan negara, Semoga anak ku berjaya di dunia dan Akhirat. Aminnn

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan