Sunday, January 16

Mutiara Pedu lake Resort, Kedah

Mutiara Pedu Lake Resort letaknya di Kedah. Ini adalah tempat honeymoon yang di idam idamkan oleh my hubby sebelum kawin dulu.. hehe 4 tahun lepas la. tapi malangnya kami tak berkesempatan nak pergi bukan sibuk tapi disebabkan kewangannya agak tipis.. hahhaha...korang tahu ke cam mana resort ni?? resortnya ibu tgk kat website.. pergh.. canggih gila.. cantik. maka setiap tahun kalau nak bercuti jek.. ibu akan tgk website mutiara lake resort ni.http://www.pedulakeresorts.com/. Website inilah yang selalu ibu tgk.. pergh.. teruja gilak.. wehh. terpikir pikir bila la boleh pergi. 
tgk tgk.. cantik tak.. pergh..resort ni letak nya di tengah tengah tasik pedu. nak masuk sini pun kena naik sampan. hehhe.. teruja gilak kengkawan weh.
tapi
sedih
kenapa???
meh sini nak cerita
awal Januari tahun 2011
tarikh 2/1/2011
kami dengan gumbiranya pergi lah mendrivekan diri.. hahaha ada ayat mendrive ke? mana ada .. memandu dengan bersemangat menuju ke Pedu Lake semata mata untuk pergi ke Mutiara. Jauh weihhh jauuuuuuuuuuuuuuuhhh gilak untuk pergi ke pedu
tgk la.. jalan nak gi sana.. pergh.. gilak punya hutan..
tapi sadisnya bila sampai.. duk pelik kenapa tgk  ada sebuah resort kat dalam tu nak runtuh macam rumah hantu jek. rupanya.. 
sadisssssssssssss
penat jekkkkk...
Mutiara Pedu Lake dah 3 tahun tutup!!!! uwaaaaaaaaa.. bengang gilerrr..
tgk laaa.. hanya boleh meihat dari kejauhan.. punah harapan.. heheh..website nyer ttp ada.. kata pengawal keselamatan kat situ.. tapi resort ni dah tutup sejak 3 tahun lepas..sebab yang kurang jelas.. sayang.. resort cantik tapi tak leh bertahan. 

14 comments:

  1. Resort yg best. Sy pernah pergi 2 kali. Tahun 2002 time raya cina n 2nd time dlm 2003/2004. Terkejut jgk bila husb bercrta ttg resort ni dan bbrp resort lain jg yg tlh d tutup. Sayang tmpt ni

    ReplyDelete
  2. Resort yg best. Sy pernah pergi 2 kali. Tahun 2002 time raya cina n 2nd time dlm 2003/2004. Terkejut jgk bila husb bercrta ttg resort ni dan bbrp resort lain jg yg tlh d tutup. Sayang tmpt ni

    ReplyDelete
  3. Resort yg best. Sy pernah pergi 2 kali. Tahun 2002 time raya cina n 2nd time dlm 2003/2004. Terkejut jgk bila husb bercrta ttg resort ni dan bbrp resort lain jg yg tlh d tutup. Sayang tmpt ni

    ReplyDelete
  4. Resort yg best. Sy pernah pergi 2 kali. Tahun 2002 time raya cina n 2nd time dlm 2003/2004. Terkejut jgk bila husb bercrta ttg resort ni dan bbrp resort lain jg yg tlh d tutup. Sayang tmpt ni

    ReplyDelete
  5. tu la.. sayang .. tempat yang cantik.. tapi di tutup..

    ReplyDelete
  6. org2 yg penah tinggal kat situ dok nmpk benda pelik2...asyik kena mengusik

    ReplyDelete
  7. amat sedih....kerana pernah pergi situ pada tahun 2000, masa itu kami sekeluarga rehat dan happy dekat situ....banyak kenangan yang manis.....harap-harap dapat mengunjung sana untuk kali kedua....tapi....bankrupt pulak!!!

    kononnya....semasa zaman Tun ada banyak $$$$ utk buat promosi....selepas itu....seluruh resort biar pi saja....bazir duit siapa??? pun tak jelas.....tak hairanlah....itu pun duit rakyat.....

    selain faktor pihak pengurusan yang lemah....ada juga disebabkan berita menjumpai kubur Melayu lama di tengah tasik semasa musim kemarau pada tahun 2005 tersebar.....alamak!!! pelancong Taiwan, Singapura pun takut sampai tak nak datang tempat itu.....kini menjadi "Resort Hantu" (Ghost Resort)

    eh!!! kenapa tak nak buat penggambaran filem di situ.....Ghost Resort mungkin akan menjadi filem yang hangat!

    ReplyDelete
  8. Pedu Lake Resort & Holiday Inn tutup tkde knas mengena dengan kegagalan promosi atau bazir duit rakyat. Jangan buat fitnah tanpa tahu masalah sebenar. Memang Hutan Simpan Pedu dan Ulu Muda antara kawasan tercantik dengan keindahan alam. Kerajaan Negeri PAS yg lalu telah musnahkan sebahagian besar Hutan Simpah bernilai tinggi dalam kompartment Hutan Simpan Pedu, tapi apakah isu ini diceritakan? Resort ditutup pula disalahkan?
    Resort Tasik Pedu ditutup atas beberapa faktor termasuklah kurangnya sambutan kerana jarak perjalanan yang sangat jauh dan melalui hutan belantara. Empangan Pedu yang dibina bukan tujuan utama pelancongan tetapi untuk pengairan padi dan bekalan air minum. Bila musim kemarau yang luar biasa tasik Pedu dan Muda mengalami susutan air luar biasa sehingga menampakkan tanah dasar, kubur lama, kampung2 dan pokok kayu mati

    ReplyDelete
  9. Akibatnya jumlah pelancong yang datang semakin susut terutama dari luar negara kerana faktor2 ini. Termasuk kepercayaan2 pelancong berbangsa Cina dari Taiwan, Hong Kong yng beranggap itu akan bawa nasib buruk. Keadaan tasik Pedu juga tidka boleh disimpan air semata-mata untuk menjaga resort, kerena kepentingan asasnya utk pengairan mesti diutamakan dulu. Resort2 ini yg terletak jauh di pedalaman, jaringan jalanraya yang belum sempurna, meloyakan penumpang serta tidak boleh sampai dengan bas kapasiti besar menambahkan lagi masalah. Lebuhraya TEKIH-yang memotong liku-liku jalan lama kini telah siap dan menampakkan lagi kecantikan Tasik Pedu adn Ulu Muda yang selama ini 'tersembunyi'. Dan Dikhabarkan Resort Holiday Inn sedah diambil alih untuk dibaikpulih semula oleh sebuah syarikat swasta tempatan. Kemusnahan hutan yang besar akibat pembalakan Kerajaan Negeri PAS sedikit sebanyak telah merosakkan kecantikan Hutan Simpan Kekal Pedu.. apapun benda dh terjadi. Usaha pemulihan mesti diteruskan.

    ReplyDelete
  10. kami satu family baru balik dari pedu lake ptg ni. mmg tahu ditutup tp not expect yg x blh nak masuk. last pergi last 10 years. mmg blh nampak pemandangan tasik dr highway yg baru dibuat tp paling cantik dari kawasan resort. syg resort ni.. kalau ada usaha pemulihan eloklah

    ReplyDelete
  11. Baru je singgah td g sne..resort pedu..look creppy..nmpak suram je

    ReplyDelete
  12. Sedih ya.. Saya becita2 pegi sini.. Dulu penah pergi masa kecil... Best. Banyak Kenangan.. Dan sangat menyamankan... Nmpak ya xda peluang sudah.

    ReplyDelete
  13. Saya pernah ke tasik pedu dlm lewat tahun 90an. Memang sangat cantik pemandangan tasik dan saya pula gemar dgn nature. Tempatnye memang dianggap seperti pertengahan hutan. Pada waktu malam sangat susah hendak mencari makan. Tapi saya ingat pada masa itu saya terdengar suara sekumpulan orang bernyanyi karaoke ...entah dari mana...ditengah tengah hutan resort itu??? Walau ape pon saya hormati tempat itu dan tetap ingat akan kecantikan alam sekitar.

    ReplyDelete
  14. sy juga pernah ke resort tu (mutiara pedu lake resort)tahun 1995 kalau tk silap,ikut rombongan pejabat ayah sy buat annual family day..sy betul2 kagum dgn keindahan alam sana,tasik yg cantik,nk ke resort naik bot,pergh best..bab makan kt sana sy tktau nk cakap la sbb pihak opis ayah sy dh bayar smua 5x makan sehari,so tk sempat rasa lapar,lagipun makanan kt situ memang padu n sedap,yelah resort mahal kan..kebetulan time tu ada pergambaran filem/drama kt situ,so lagi meriah la n dapat kenal pelakon2 terkenal time tu..satu perkara yg tk brapa sedap dengar,ada kwn2 ayah sy yg dapat kesan cakar n lebam kt badan lepas bangun esok pagi tu..agak scary lagi selepas tau kata ada kubur lama dlm tasik tu time air surut..haha

    ReplyDelete

Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan