Tuesday, January 13

Darjah 1

Seawal 5.45 pagi kakak kena bangun utk pergi sekolah. Kesian kan. Kena bangun awal awal. Nak buat macam mana. Nak pandai. Masuk sekolah jam 7.00 pg. Awal kan. Sebab pagi pagi ada kelas AlQuran. Ajar mengaji. Sebab tu awal. Balik pulak jam 4.30 ptg. Macam kojo opis plak.

Begitulah rutin harian kakak sekarang. Hari ini.. ibu balik jek rumah.. kakak terus tanya... ibu nak makan nasik lemak tak?. Ibu jawab tak mahu. Lepas tu dia cakap.. dia beli nasi lemak kat sekolah. .ibu tanya lagi.. habis.. duit belanja kakak habis ke.?. Kat sekolah kan ada makan. Kakak tak makan?.. Kakak jawab:
Ibu.. makan pukul 3.30 takder. Mkn tenghari je. ( HEHE ibu lupa. Sekolah sediakan makan pagi dan tghri aje). Duit belanja sekolah dah habis. Kakak beli nasi lemak dua..
Ibu kata.  Kenapa beli dua?
Kakak jawab...
Kawan kakak.. nama dia Kay Marlisa. Dia nak makan nasi lemak. Tapi tak der duit.  Kakak beli la dua. Satu untuk kakak dan satu untuk Kay.
Ibu tanya lagi...
La.. tak kan ibu dia tak kasi duit belanja..

Kakak jawab..
Dia kata tak der duit. Kakak belikan lah. Kakak ikhlas. Kan ayah kata.. nak tolong orang kena ikhlas..

Hehehehe ibu senyum aje. Ihiks...

Itulah lah cerita kakak hari ini pada ibu..
Semalam masa hari pertama kakak cerita pasal kawan kawan dalam kelas. Yang buat bising berlari lari.. tapi kakak kata.. kak tak buat bising. Kakak duduk jek. Kalau kakak nak cakap pun kakak duduk jek. Diorg buat lawak.. bising bising. Kakak tak. Dia cerita jugak pasal dia tukar tempat duduk. Sebab mada orientasi dia duduk belakang. Tapi hari pertama sekolah dia tukar duduk depan. Sebab dia kata.. kan ayah suruh duduk depan. Nanti tak dengar cikgu ajar.
:-D

No comments:

Post a Comment

Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan