Kenapa Aku pilih Susu KAmbing
Ini adalah pengalaman aku sendiri. aku suka menulis dalam keadaan santai. hehhe tidak menggunakan bahasa yang hebat-hebat. bukan apo.. sobab den tak ghoti menulis gaya seorang penulis. Aku mmg Allah lambat nak bagi rezeki anak yang kedua. Yang sulung dan umur 6 tahun, baru aku diberikan rezeki oleh Allah untuk mengandung semula. Ya Allah.. mmg teruja. Bila tahu jek ngandung terus sujud syukur sebab lama menanti, sampai suami aku kata.. kalau tak der lagi anak tak pa la.. cukup la satu.heheh.. tu bunyi ayat putus asa sebenarnya tu. hehhee.. Ok kat sini bukan nak citer pasal keterujaan aku mengandung pun. hehhe sorry ek buat kome terbaca plak.
Ok.. apa yang aku nak story kat sini ialah pengalaman aku untuk memberikan susu kepada anak aku yang kedua ni. Masa anak sulung, aku tak pikir sangat mengenai nak bagi susu apa, sebab waktu tu, kerjaya aku tidak menyebabkan aku kena bekerja di luar kawasan. pergi pagi.. balik petang. so mmg tak der masalah untuk beri susu. Aku bagi anak aku breastfeeding selama dua tahun. walaupun masa aku kerja aku bagi susu formula, tapi waktu dia breastfeed dgn aku lagi banyak. Tapi untuk anak yang kedua ni.. kekangan kerja yang menuntut aku untuk bekerja diluar kawasan dalam tempoh yang agak lama untuk ibu yang beranak kecil mmg menyukarkan aku untuk memberikan susu badan sepenuhnya. Dalam waktu mengandung lagi aku dah mula mencari susu-susu formula yang mana baik untuk aku bagi kepada anak aku. dari pembacaan aku aku dan suami telah buat keputusan, untuk anak yang ini kami akan beri dia SUSU KAMBING, mengikut sunnah nabi. dan SUSU KAMBING juga merupakan susu yang terbaik selepas susu ibu. Keputusan ini aku buat kerana aku nak bagi susu yang terbaik kepada anak aku kerana aku tak boleh nak bagi dia susu ibu sepenuhnya seperti kakaknya. Sian dia.
ni salah satu bacaan aku mengenai susu kambing:
Artikel daripada Dairy Goat Co-operative Research update yang berpengkalan di New Zealand mengenai kebaikan susu kambing sebagai alternatif terbaik selepas susu ibu.
1. Seperti susu lembu, susu kambing penuh krim tidak sesuai bagi baby di bawah setahun kerana kandungan mineral dan protein yang tinggi. Susu formula susu kambing (seperti Karihome) telah diubah komposisi mineral dan protein supaya sama seperti susu ibu.
2. Susu kambing dihasilkan melalui proses yang sama seperti susu ibu
- Merocrine secretion - proses penghasilan susu lembu. Komponen sel tidak termasuk di dalam titisan susu - Apocrine secretion - proses susu ibu dan susu kambing. Titisan susu dikeluarkan bersama2 dengan cebisan sel ke dalam susu. Ini menyebabkan titisan susu mempunya komponen sel yang tinggi berbanding susu lembu, termasuklah komponen bioaktives seperti nucleotides.
3. Protein- susu kambing mempunyai komponen beta casein dan kappa casein didalam nisbah yang menyerupai susu ibu. Manakala susu lembu tidak mempunyai nisbah yang sama, dan formula susu lembu terpaksa menambah whey protein untuk mendapat nisbah yang sama. Namun penambahan whey protein akan menambah pula paras beta lactoglobulin yang mempunya sifat allergenic (menyebabkan allergik)
4. Amino acid - kandungan amino acid di dalam susu kambing menyerupai paras di dalam susu ibu. Malahan jenis amino acid di dalam susu kambing adalah jenis yang disyorkan sesuai bagi bayi seperti yang disyorkan oleh International Expert Group
5. Fats - Susu kambing mempunyai kandungan medium chain fatty acids (MCFA) yang tinggi berbanding susu lembu dan susu ibu juga mempunyai paras MCFA yang tinggi. MCFA diserap ke dalam badan dengan pantas berbanding long chain fatty acids (susu lembu) dan tersedia untuk digunakan sebagai tenaga. Kajian juga menunjukkan MCFA dapat mengelakkan pertumbuhan bakteria dan virus di dalam usus.
6. Bioactives - susu kambing menyerupai susu ibu kerana mengandungi bioactives walaupun dalam kuantiti yang kecil. Kepentingan bioactives ini adalah bagi pertumbuhan bayi yang optimum, kesihatan usus dan juga pertumbuhan otak. Di dalam formula susu lembu, bahan ini terpaksa ditambah externally bagi memenuhi keperluan bayi.
7. Proses penguraian lebih mudah- susu kambing “digested” lebih senang berbanding susu lembu
8. Baik bagi kesihatan usus bayi
9. Mengurangkan risiko allergy
Berikut adalah summary dari artikel mengenai kelebihan susu kambing (english)
- goat’s milk provide high quality protein, fatty acids, vitamins and minerals that r important for babies
- secretion of goat’s milk is similar to breast milk
- casein profile of goat’s milk is similar to breast milk
- like breastmilk, goat’s milk contains high levels of bioactives which is important for immune system and growth
- goat’s milk reduce gut damage and leakiness that can be induced by medical treatments or other stress and help in maintaining healthy gastro system
- easy to digest and help settle babies
- lower allergenic effect compared to cow’s milk
Kat sini plak aku baca hadis hadis mengenai susu kambing,
KOLEKSI HADIS MENGENAI SUSU KAMBING/KAMBING
1. Hadis dari Abu Ubaidah bin Atoq bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud "Kambing merupakan binatang yg penuh Baroqah yg ditinggalkan orang soleh terdahulu".Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insha Allah).
2. Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang kambing: “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa bahagian penduduk Mekah”.
3. Sabda Rasullah s.a.w, "Peliharalah kambing kerana padanya terdapat keberkatan".
4. Nabi Muhammad S.A W bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalam syurga". Dalam sepotong hadis yang lain ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum susu kambing yang mentah (belum dimasak).
5. Abu Hurairah juga meriwayatkan sabda Rasulullah “Asas kekufuran ada di arah matahari terbit, megah dan angkuh ada pada pemilik kuda dan unta, mereka yang bersuara nyaring (bising) ialah pemelihara haiwan berbulu (arnab, kucing) dan ketenangan itu ada pada gembala kambing”. [Hadis ini turut dinukilkan oleh al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta`].
6. Abu Said al-Khudri mengata bahawa Rasulullah pernah bersabda “Akan tiba suatu masa di mana kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”. Malah menurut Abdullah bin Mas’ud semasa beliau bertugas sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar merupakan minuman kegemaran Rasulullah dan beliau meminumnya secara langsung setelah diperah daripada kambing betina.
7. Abu Hurairah telah berkata, "Pada malam baginda diisrakkan, dihulurkan kepada Rasulullah SAW dua gelas minuman iaitu khamr (minuman keras) dan susu. Baginda pun melihat kedua-duanya lalu mengambil susu. Jibril berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan engkau kepada fitrah. Seandainya engkau mengambil khamr, nescaya binasalah umatmu.”
[Riwayat Imam al-Bukhari]
8. Abu Hurairah berkata, "Nabi SAW bersabda : Ketika aku diisrakkan, aku bertemu dengan Nabi Musa AS, baginda seorang lelaki yang tinggi kurus dengan rambut berombak seperti seorang Bani Syanu’ah. Aku juga bertemu dengan Nabi Isa AS, baginda kelihatan seperti lelaki biasa, berkulit merah, seakan-akan baru keluar dari pemandian. Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim AS, akulah keturunannya yang paling mirip dengannya. Lalu aku diberi dua bejana, yang satu berisi susu dan yang lain berisi arak. Dikatakan padaku : Ambillah yang engkau suka. Aku mengambil susu dan meminumnya. Kemudian dikatakan : Engkau diberi petunjuk dengan fitrah atau engkau menepati fitrah. Seandainya engkau mengambil arak, nescaya sesat umatmu."
[Riwayat Imam Muslim]
*Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Zadul-Ma'ad Fi Hadyi Khairil 'Ibad menyelit mafhum hadis di atas dalam keterangannya pada kelebihan susu kambing.
dan banyak lagi tempat aku baca,.. nanti aku paste kan kat sini.. berdasarkan bacaan bacaan inilah yang menyebabkan aku Yakin sangat sangat dengan SUsu Kambing ni
...
sambung ekkk
No comments:
Post a Comment
Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..