Sunday, July 31

Terbabas a.k. Eksiden Di BUlan Julai

aiyak.. ada sawang sudah ini blog. hehhe biasalah kan. Agak BZ di bulan JUlai. asyik Outstation memanjang.. maka blog ini agak nampak bersawang la.. hahhaha.. ni nak kemas balik sikit sikit.. Banyak perkara belaku bulan Julai ni.
Perkara yang paling teruk ialah.. jeng jeng jeng.. ibu terbabas masuk longkang di  lebuh raya utara selatan menghala ke putrajaya. hehe lebih kurang dua km dari seremban 261.2km. Kejadian ini berlaku sewaktu ibu pulang dari Outstation di Batu Pahat.  Ramai orang tanya.. cam mana leh terbabas.. mesti kata ibu ngantuk kan... hehehe.. ntah.. nak kata ngantuk idak.. tapi yang pasti masa itu hujan dengan lebatnya.. dan air bertakung dengan banyak dijalan.. di libas sikit oleh kenderaan lain.. maka ibu pun terbabas.. dushhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. dum... masuk longkang.. Alhamdulillah.. kete jek rosak sikit. tapi Ibu.. tak tercedera langsung. Kejadian ni berlaku pada tarikh 8 Julai 2011.
Jeng Jeng jeng.. ni la rupanya gambo kete ibu yang masuk dalam longkang. Masa gambo ni di ambil air longkang tu dah surut. Masa kejadian tu air dalam longkang tu penuh dan deras.. hehhee.. 

So dah wat report di Balai Polis Trafik Seremban 2. settle itu.. gi bengkel. FRZ auto di Seremban 2. Janji leh siap dalam minggu lepas.. ni sampai hari ini.. 31/7/2011.. siap pun idak.. bengang giler jek.. patah kaki..nak gi mana mana payah. Nasib baik ada moto.. boleh la Ayah hantar ibu gi kerja naik moto. heheh..Romantik sikit.. wakakkakkakaka.. tapi yang kesiannya bila sakit kaki ayah menyerang.. terpaksa gak la.. walaupun sakit. kena hantar ibu ke Opis Kuala Lumpur...

No comments:

Post a Comment

Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan