Salam ..
Hari ini nak cerita pasal balik Kampung Tapah pada 6-8hb Ogos tu. Sambut Ramadhan. Balik berbuka puasa.Tahun ni kena beraya di Felda Lui Timur , Negeri Sembilan. Kampung Ayah. Hehhhe.. maka kenalah sambut puasa kat Kg Batu Melintang Tapah Perak. Barulah Adil dan Saksama.. hehehehe.. Betul tak Ayah??? Ayah betulkan jek.
Masa balik hari ini ada Maklang ZU, Achik Ila, Acu, yang tak balik hanyalah Mak Long jek. Meriah sungguh masa balik ni. Seronok giler puasa kat kampung. Hehhe aktiviti bulan puasa ialah mula mula fikir nak buka apa? Hahhaa.. kalau kat putrajaya selalu buka puasa kat luar atau beli jek kan.. tak kan kat kampung pun gitu.. tidak.. tidak.. marah atok nanti. Masak la jugak. Hehe.. masak apa yang ibu tahu jek.
Masa balik tu sempat la jugak pergi Cameron Highland. Hahha.. pergi saja saja. Bukan nak beli apa pun. Dari kampung ke Cameron highland lebih kurang 1 jam setengah jek. Jalan jalan gi beli Cactus, jagung dan strawberi jek. Pastu balik. Hehhe. Meh layan gambar la.. gambar menceritakan segalanya. Hahhaa.. ( sebenarnya malas nak tulis panjang)
Tgk tak kat gambar tu ada binatang binatang tu.. permainan tu. Adeh.. Qaira langsung tak leh tgk . Dia kalau Nampak mesti nak naik punya la. Naik jek dia akan mintak kat ibu.. “Ibu duit” adoii.. dia tahu kat mana nak masukkan. Sebab tu selalunya Ayah akan cuba elak kalau Nampak permainan tu. Bukan sekali jek dia nak naik.. banyak kali.. bukan 2 kali.. tapi banyak banyak kali.. semikin la dibuatnya. Sekali naik 50sen, ada yang RM1. Huwaaaaaaaa.. kalau dia tak dapat naik.
Juadah berbuka yang ibu sempat buat masa kat Kampung Tapah ialah KePak Ayam MAdu. Pergh.. satu pasar cari kepak ayam. Habis ibu borong.
Resepi dia cam gini;
Jintan manis, jitam putih, ketumbar, lada hitam. Kisar. Lepas tu perap ayam ngan rempah ni.. letak garam sikit, sos tiram dan yang penting madu. Hehhee.. masa ni guna madu Khaula tu.. ahaks..
Achik Ila tgh pujuk Qaira dan Fahim. Nak balik tapi duo orang budak bertuah ni menangis tak bagi dia balik. DUa dua nak ikut sambil nangis nangis.. so apa cerita.. akhirnya Achik Ila yang nangis. hahahahhaha
masa balik kampung sempat beli basikal untuk Qaira. Beli kat sini mahal.. beli kat kampung reganya tak sampai RM100..
oklah.. takat ni jerk rajin menulis.. nanti ibu sambung tulis lain. ihiks.. salamm.. adiosss
No comments:
Post a Comment
Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..