Friday, January 9

Blog yang Menyentuh Jiwa

tadi masa bukak email.. tetiba nampak satu email.. yang menulis tentang satu blog mengenai penderaan bayi.. hati tergerak nak clik.. Ya Allah.. bila baca je.. air mata terus menitis.. Allah jek yang tahu perasaan sedih si ibu.. kita yang membaca nya pun dah bercucuran air mata..Blog http://memorizulaikha.blogspot.com. Bacalah kengkawan.. buat pengajaran agar ibu ibu yang menghantar anak pada pengasuh lebih berhati hati.

Sekarang ni pun ibu semakin risau.. nak hantar Qaira di mana dah. Dah 3 dah pengasuh. Hanya pengasuh yang pertama sahaja yang ibu rasa bersifat keibuan.. yang menjaga Qaira macam anak sendiri. Malangnya Qaira ibu tak dapat hantar kepadanya Cik Anum lagi ( nama pengasuh Qaira pertama) kerana kita terpaksa berpindah ke Putrajaya. Kemudian dapat pengasuh yang kedua.. setiap hari hantar pasti Qaira akan menangis.. ibu nampak sendiri anaknya pukul Qaira.. Qaira macam takut jek pergi umah pengasuh tu.. dan dia mengasuh kerana duit.. sebab terlalu berkira.. Ibu hantar 7.30- amik kul 2 atau kul 3.. rasa nya ibu dah pernah tulis kat blog ni. pastu tu.. ibu hantar Qaira kat Nursery.. baru dua hari hantar.. mata Qaira lebam dua dua belah. dahi ada tanda merah.. bulat.. seperti terkena tutup botol susu yang ditekan di dahi.. selang seminggu pipi Qaira Lebam.. Nasib baik lepas tu Ibu cuti sekolah. boleh la jaga Qaira. Skang ibu dah mula kerja semula.. tapi tak berani nak hantar kat nursery tu.. dan skang ngah cuba dapatkan pengasuh yang betul betul ikhlas nak jaga Qaira. yang boleh jaga Qaira macam anak sendiri.. bukan jaga kerana duit.. or etc.. payahnya.. skang ibu terpaksa import Acu ija datang umah.. sementara nak dapat pengasuh lain. bila baca blog mama Zulaikha tu.. jadi ibu takut semula nak hantar Qaira kat pengasuh.. alahaii..

3 comments:

  1. semoga qaira mendapat pengasuh yg baik..... amin...

    ReplyDelete
  2. a ah.. mmg susah nk cari pengasuh yg jg anak kita cam anak sendiri.. semoga qaira dapat pengasuh yg baik..

    dah baca blog sebelum nie.. mmg sedih...

    ReplyDelete
  3. betul tu.. sekarang ni.. nak cari pengasuh yg betul2 ikhlas nak jaga anak kita amat ler payah kan.. semua jaga nak duit je.. kita pun ada baca blog zulaikha tu.. sedih yg amat.. alhamdulilah mirul dapat pengasuh yg baik..

    ReplyDelete

Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan