Friday, August 1

Minggu Yang Stress

adeh.. minggu ni adalah minggu yang stress wat ibu. Macam- macam mende ibu kena wat. yang paling ibu stress ialah mengejar budak untuk menyiapkan kerja kursus diorang. Arghh macam-macam hal.
Ibu kena marah dengan cikgu, dengan murid.. pun ibu kena.. hahhaa.. pelik kan. kekadang ibu rasa pelik sangat. Ibu yang nak kasi markah untuk diorang lulus.. tapi ibu pulak yang di marah dan di maki.. adeh.. Sepatutnya.. diorang la yang kena amik hati ibu,, supaya ibu kasi markah lebih..ada budak tu.. nama dia Solehah.. nama.. Ya Allah.. sedapnya.. tapi mulut.. herm.. ibu masih ingat lagi situasi yang menyebabkan darah tinggi ibu naik.. hahha..Masa tu hari Rabu. tak silap ibu la.. ibu mengajar kelas 5 A 3 seawal kul 730pagi hingga kul 850 pagi. Masa kelas tu habis, ibu kata kat diorang..
" kalau awak masih tak siap kerja.. dan mahu duduk dalam bilik seni, pergi cari cikgu awak selepas ini dan bagitahu cikgu tu.. saya tak mahu kena marah lagi dengan cikgu cikgu kamu.." lepas tu.. semua studen bertolak tolak.. kau.. kau.. kau.. la pergi tanya.. lepas tu.. ada seorang budak pompuan.. namanya Solehah.. jerit... " wooiii korang pergi laaa.. " ibu terkejut.. lepas itu ibu kata.." ha.. awak suruh orang jek.. apa kata awak yang pergi" lepas tu dia membebel bebel.. dan paling ibu tak sedap hati dan rasa nak gi kat dia jek.. dan tampar mulut dia bila dia sebut.. "pi mampos la.." hermm... adoi laa.... kurang adab sungguh.. itu belum lagi dia selalu kata berger laa( maksudnya.. bodoh) dan majal .. ni maksudnya ibu pun tak tahu.. tapi mmg maksud dia kurang sesuai untuk ibu yang bergelar pendidik buat dia.
Pas tu.. hari Khamis nya.. ibu masuk dalam kelas.. diorang lagi.. n than ibu luahkan perasaan apa yang terbuku.. dan dengan rasa geramnya. ibu kata kat dia.." Solehah.. kalau saya lelaki.. saya tak hingin dengan awak.. " ibu kata lagi. kat kelas.. "awak nak benci saya ke.. nak kutuk saya ke.. nak maki saya ke lepas ni.. saya tak heran.. saya wat macam ni sebab saya nak awak lulus.. saya dah pujuk.. saya dah sayang sayang dengan awak.. saya dah ikut rentak awak.. tapi awak masih tak buat.. malah maki saya lagi ada.. so lepas ni.. awak nak buat-buat.. tak buat.. saya akan gagalkan.. saya saja yang berusaha untuk luluskan awak.. tapi awak macam tak nak lulus..inilah kali terakhir saya marah.. lepas ni.. saya malas nak marah.. awak buat la apa yang patut.. sapa yang nak perbaiki markah dan folio.. sila cari saya.. dan bukan saya yang cari awak dah.."

Tension ibu. Inilah padahnya kalau sekolah meletakkan semua budak kelas akhir amik seni.. dan seni bukan matapelajaran pilihan. sapa yang minat boleh amik.. ini matapelajaran student kelas akhir.. akibatnya.. cikgu seni gak yang merana dan susah hati.. ibu pulak yang susah hati dan takut kalau diorang tak hantar.. diorang wat bodoh jek.. adeh laa..

Satu lagi kes.. huhuhu.. ibu pegang pembaris.. ibu geram sangat.. ngan budak ni.. namanya Shah Fikri. ibu tanya mana folio?? dia boleh senyum senyum.. kata tak buat cikgu.. lepas tu gelak gelak.. ibu apa lagi.. dah la folio lagi beberapa hari nak hantar.. tapi dia wat bodo jek.. bila mintak folio.. dia tak datang.. bila tanya.. nak lulus ke tidak?? jawapannya.. nak cikgu.. Ibu ngan geram nya.. pukul bahu dia ngan pembaris.. dia cakap.. " sakit la cikgu.sabar la.. nanti saya buat" ibu kata.. berapa kali saya nak sabar.. bila nak jek tak der.. bila nak jek tak der.. folio dah nak kene hantar awak kata sabar??" pas tu dia kata.."sakit tau cikgu.. mak saya pun tak pernah pukul saya.." ngan aksi dia sambil menyepak papan kayu yang ada kat tepi meja ibu.. apa lagi.. hangin la satu badan weh.. ibu kata.. "sebab mak awak tak pernah pukul awak la.. awak jadi macam ni.. kalau mak awak pernah pukul awak.. dan ajar awak.. awak tak cam ni.. pergi balik.. panggill mak awak.. cakap saya pukul. saya tak takut.. biar saya sebut sata satu perangai awak" Geram tgk perangai bebudak ni adeh... dan macam macam hal lagi berlaku..

* Ibu berdoa agar anak ibu tak jadi macam diorang ni.. jadilah anak yang rajin dan hormat pada orang lain..*

Abis dah sessi luahkan perasaan. huhuh.. skang meh kembali cerita pasal anak ibu sorang ni.. Qaira minggu ni ada pe'el lain. Dia nak orang sentiasa duduk dengan dia.. tak boleh orang bergerak sikit.. orang bergerak kang.. dia menangis sampai leh dengar satu apartmen.. cam tu jugak la perangai dia kat umah pengasuh.. sampai pengasuh kata.. " tak larat la akak kalau Qaira selalu macam ni" huuhuhuhu.. Qaira kena jadi macam dulu ek.. budak baik.. tak nyusahkan orang.. kan kan kan.. hope perangai Qaira kembali seperti dulu. Skang ni Qaira dah bley mengengsot kedepan . sebelum ni kalau dia nak bergerak.. dia akan berguling guling.. tapi dah seminggu ni ibu tgk dia dah mengengsot.. agak laju jugak la.. dan dia selalunya akan pergi ke punca suis. dan kabinet tv untuk sepahkan album album.. kat suis tu berbahaya sikit. sebab tu kena perhatikan dia nak pergi mana.. huhuh.. ok la.. nanti sambung lain lagi.. bab gambar.. tak der mood nak tepek lagi selagi kemre kita tak sihat.. huhuhu.. esok sabtu.. Achik Ila, dan mak long akan tido umah kita.. sebab teman kan kita kerana ayah tak der kat umah.. ayah gi kursus sehingga hari ahad...

2 comments:

  1. budak-budak macam setan tu terajang jer. Biar ler diorang bodoh. Udah ler bodoh lagi bertambah-tambah bodoh. Yang pelik mak bapak diorang tue tak tau ke buat-buat tak tau ngan perangai anak dioarang tu.Yer ler kan kat umah tunjuk la perangai konon-konon macam nama dia la soleha. Padahal kalau kat luar Ya ampun.. giler macam s.t.n. Nanti kalau kita terpukul anak dia sikit report surat khabar la , report polis , masuk tv ( nak glamer ler tue), macam macam le mak bapak diorang buat untuk salahkan cikgu. Semuanya salah cikgu. budak tu betul aje. Kita mengajar nak bagi dia pandai tapi budak-budak sekarang bukannyer boleh di tegur, melawan bukan main. tak respect langsung kat cikgu yang ngaja dia. Cakap jer kat budak tu minta mak dia tukar nama dia , Nama tak melambangkan perangai. Buat malu orang nama soleha jer.

    ReplyDelete
  2. Kerjaya cikgu nie mmg mencabar laa..silap2 dia plak yang saman kita kan. mengajar pun kena marah x mengajar pun kena marah. susah gak tue. Moga2 cikgu2 dikurniakan kesabaran yang tinggi.

    ReplyDelete

Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan