Sunday, October 25

Rendang Daging Rusa

Rendang Daging Rusa @ Payau

Ini semalam punya cerita.  Ibu masak Rendang daging Rusa. Mana dapat daging rusa ni??? hehhe jawapannya di import dari Tawau. Hari tu ibu pergi Tawau, dapatlah beli sikit untuk makan. Jauh kan.. hahhahaha.. nak tahu sebab apa? sebab kat sini daging rusa ini sangat Murah. Wa cakap lu mmg murah. Jika di kawasan Seremban ni harga dalam RM 45-50 sekilo. Mahai bak hang. Tapi di Tawau harga hanya RM 23 sekilo. Beza giler kan. hahha macam nak beli seekor bawak balik. tapi mmg tak boleh la kan. Hanya boleh beli sedikit jek. 

Resepi Rendang Daging Rusa ni.. kalau ada yang teringin la nak cuba. hahhahha macam la pakar. Tapi kuantiti bahan mmg ibu tak pandai nak agak. Ibu masak pun main agak agak. kalau nak pedas tambah cili. kalau nak wangi banyakkan serai dan daun kunyit. cam tu la.. ibu agak agak jek.. hehhe

Inilah dia resepi agak-agak Ibu..

1/2 kilo Daging rusa

kunyit hidup
Bawang kecik ( ibu guna bawang besar sebab malas nak kupas bawang kecik banyak.. hahhaa )
Serai ( Ibu buh 3 batang)
cili api. 
( sobab Ayah org N9. makan podeh) boleh ganti dengan cili kering atau campur cili api dan kering)
Halia
Lengkuas

* Bahan-bahan ni semua kome Blender ye. Kalo rajin tumbuk atau giling. Ibu ni malas. hahha

Daun Kunyit
Gula Kabung/Gula merah
Garam
Kerisik
Santan

Cara-caranya:
1. Bahan yang diblend tadi masukkan bersama daging. Masaklah sehingga air nye sikit. 
2. Lepas tu masukkan kerisik, santan, gula kabung tu buh sikit jek. jgan banyak. kecuali la kalau nak manis. Ayah mmg tak suka manis. Manis hanya untuk bubur. hahhaha
3. Masak lah sampai kuah dia jadi sedikit. kalau nak banyak pun boleh. Ibu suka kalau buat rendang kuah nya banyak sikit. sebab senang nak dibuah cicah. hahhaha

tadaaaaaaaaaaaaaa...

Inilah lah rupa rendangnya. hhhehe kuah dia banyak sikit. besttt


kakak.. dah masak jek terus nak meratah.. sedap ibu.. katanya. hahhaha tak tahu le sedap ke tidak.. tapi kakak ni mmg pandai memuji. hahha dia tahu ibu nya dalam kategori malas memasak. kang kata tak sedap.. ibu tak mo masak lagi.. hahahah' but.. ibu rasa sedap gak.. hahahha puji diri sendiri. Pandai ibu masak. ihiks

Ini lempeng.. yang ibu masak pagi ini. Makan dengan rendang.. Perghhh sedapnyer.. hehhehe . Sapa Tak tahu masak lempeng??? hahhaa nak bagi resepi pun segan.. tapi Lempeng ni la paling senang nak buat.. Bahan-bahannya tepung, garam dan air. tu jek.. 
ok.. dahhhh.. nak sambung makan lempeng lagi.. hehehhee


Jam Berapa Dah Ni???

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan