Tuesday, June 23

Siapa kata berbuka di hotel mahal itu sedap???


Straight to the point... Siapa kata berbuka di hotel itu sedap????? sesungguhnya tak sedap. Punyalah banyak makanan di hotel tu.. satu pun tak sedap. Air kosong pun tak sedap. Percayalah.

sekadar hiasan.

Setiap tahun ibu akan pergi berbuka di hotel. semua hotel yang ibu pergi... semua tak sedap. Mahal jek. Mesti sentap hotel dengar kan..hahhahhaa.. tapi itulah hakikatnya yang berlaku di tekak ibu. Makanlah.. sebab dah bayarkan. tapi sekadar berbuka puasa aje la. Tidak ada nafsu nak makan banyak-banyak. Rugikan. Memanglah rugi... sebab tak makan banyak. heheh.. 

Nak tahu tak sebab apa tak sedap.. meh ibu bongkarkan satu rahsia... jeng.. jeng... jeng.... sebabnya ialah... ANAK-ANAK IBU DAN AYAH TAK BERBUKA SAMA DENGAN IBU.... sedih aje kan. Macam kata ayah.. kalau kami tak der bersama.. takder maknanya.....

Ini kes ibu kena pergi outstation seminggu ni.. Ala.. makan jek teringat.. Qaira berbuka apa... adik makan apa... kan kan kan... Punyalah banyak makan berbuka kat sini.. ibu hanya makan.. sedikit daging kambing panggang dan beberapa ketul steamboat dan air kosong. Hahaha.. Lauk punya banyak.. cuma tak tertelan kat tokak ni.. 

Best lagi berbuka dengan keluarga.. walaupun makan simple sahaja. Yelah.. dah berapa 6 hari puasa ini.. belum pernah ibu sempat masak untuk berbuka. Mana taknya.. sampai rumah dah 6.45 petang. ..Ayah akan beli makanan berbuka di Bazar Ramadhan. Beli nasi bungkus.. mee goreng.. ikan bakar. simple sahaja. Ibu sempat buat air aje.  untuk adik semestinya AYAM.. Goreng ayam.. penangan Upin Ipin.. ayam sesaja. Masa berbuka.. dengar adik bising.. kakak nak itu ini.. meriah.. walaupun makanannya simple tapi kenyang..kan kan kan.. Ibu hanya akan masak masa sahur sahaja, hehhehe. seronok.. sebab itu ibu kata berbuka kat hotel tak sedap.. hahhahaha walaupun sebenarnya sedap.tapi bila ada rasa sayu.. semua jadi tak sedap.. kan kan kan... 

Ada lagi dua hari untuk berbuka di sini..Jumaat ibu balik.. ibu nak masak .... kita berbuka bersama-sama ye...





p/s ; cam manalah ghope dema ni bersahur esok.. ibu tak do .. selalunya punya la payah.. harap bangun leee ye keme..

Jam Berapa Dah Ni???

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan