Tuesday, November 1

Resepi main masak masak. Rendang Ayam dengan sayur Maman

Alop eberibodi.. semalam ibu dah cerita macam mana nak  wat jeruk sayur maman kan.. ok. hari ini ibu bagi lak resepi rendang ayam dengan maman.

Rendang Ayam dengan sayur maman.

Bahan-bahan
1 ekor ayam. (potong la berapa korang nak potong)
bawang merah
bawah putih
halia
lengkuas
( yang ni korang agak agak jugak la.. ibu ni jenis main belasah jekk..)
Serai.
(bahan bahan warna merah ni korang blander ekk.. kasik hancur.. tak mo blander pun buleh.. tapi tumbuk laa..
Jeruk Maman
Kerisik
Santan
Garam ( agak agak la..)


Cara-caranya
1. basuh ayam bersih bersih
2. Blander semua bahan yang tulisannya warna merah tu.
3. campurkan ayam dan bahan  yang telah di blander dalam kuali. masak.. biar bahan tu sebati dengan ayam
4. kemudian masuk kan jeruk maman, kerisik dan santan. masak sampai kuah jadi kering. terpulang la.. ada orang nak rendang berkuah.. ada yang nak kering..
ta daaaaaaaaaa.. ni diaa.. gambar nya.. yang masih dalam kuali dan sedang mengelegak.. perghhh.. mabeles.. wa cakap lu.. hahaha

Jam Berapa Dah Ni???

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan