Monday, October 31

Semalam ibu jalan jalan pasar malam di kg Tapah, terjumpalah sejenis sayur yg kami gelar sebagai sayur maman. Dulu masa arwah opah ada, selalu masak gulai maman dengan ikan. Perg,,, meleleh air lkr . Punyalah sedap. Apa lagi ibu pun beli la dua ikat. Mula mula nak masak gulai maman dengan ikan keli bakar. Tapi ayah kata nak masak maman tu dengan ayam. Rendang ayam dengan maman.

Untuk pengetahuan, maman tu bukan boleh masak gitu jek. Kena jeruk dulu dalam 2 hari baru sedap masak. Tapi disebabkan nak tunggu 2 hari tu lambat sangat, ibu tanya atuk boleh tak jerum satu malam jek. Atuk kata boleh. Tapi kurangla sedap. Arggh tak kesahlah. Janji dapat makan dengan segera. Huhuhu.

Ok. Untuk menjeruk maman tu caranya sungguh mudah. Caranya ialah:
1. Basuh maman dan rendam dalam air suam. Jgn panas sngat air tu. Suam jek
2. Potong cili api, bawang dan masukkan dalam maman yg di rendam tu. Tak yah banyak la. Sikit dah.
3. Bubuh sesudu nasi. Atuk kata supaya maman tu cepat jadi jeruk.
4. Rendam dalam 2

Resepi rendang maman nanti ibu tulis ekk. Penat lak jari guna galaxy tab ni. Kecik.

Jam Berapa Dah Ni???

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan