Monday, May 3

Cita Cita IBU.

Cita cita…semua orang mesti ada cita-cita. Kalau tak der cita cita.. baik tak payah hidup kat dunia ni.    Cita –cita ni macam hala tuju hidup. Nak tahu apa cita-cita ibu yang sehingga kini tak kesampaian??? Kekadang bila memikirkan cita-cita ibu ni.. sedeh jek.. cita-cita yang sukar untuk di laksanakan.. tapi mana tahu kan.. Allah perkenankan cita-cita ibu.. perghhhhhhhhhhhh.. terbang kita… terbang di langgit biru..aik.. mesti pelik.. kenapa terbang di langit biru lak.. hehhehhee.. jawapannya ialah sebab cita-cita ibu nak sambung belajar di luar Negara. Di negara yang ada 4 musim. 
Ibu pernah cerita dengan ayah mengenai cita-cita ibu ni. Ibu kata.. “kalau saya tak dapat sambung belajar kat Obersea, saya nak anak saya sambung cita-cita saya.. nanti bila saya dah pencen.. saya ikut la anak duk sana kejap..” hehhee.. ini bermakna.. Qaira kena belajar rajin rajin supaya Qaira dapat sambung cita-cita ibu.. Semoga Allah kabulkan doa ibu ini.
Walau bagaimanapun ibu akan usaha juga supaya cita cita ibu tercapai. Kalau ibu dah bersedia, ibu akan sambung belajar … Doa-doakan laaaa..

Jam Berapa Dah Ni???

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan