Monday, July 21

Hari Yang Geram Bertambah geram

Arghh.. hari ini dah la hari Geram dan marah.. bertambah geram dan marah lagi lepas dapat call apek jual kamera kat Tesco ni.

" alo..ni dari Tesco Kajang aaa. cik ala antar kemera mahu baiki kan'. kata apek tu..

" Ha ah.." jawab ibu

"aiyaa.. akak arr.. itu kemere kena bayar sikit lorr.. "

" Bayar?.. apsal lak kena bayar.. kan masih ada guarantee.? berapa mahu bayar?" tanya ibu

" Satu ratus enam puluh lima linggit ma.. ( RM165), itu lens talak ada guarantee maa.. kita kena tukar semuaa.. " apek tu kata.

" mana boleh tak der guarantee.. mahal la pulak kena bayar.. tak pa.. nanti i suh my hasben call u balik.. " tu yang ibu cakap.. malas nak layan cina tu.. ari tu kata guarantee.. lepas tu dah tak der.. rm165 tu.. mahal gilak.. hope ayah Qaira leh kau tim ngan cina tu.. ntah apa apa.. klau ada guarantee ada la.. ni ada lak.. lens tak der guarantee.. abiss apa yang ada guarantee.. tak kan bateri kot.. tipu punya olang..

Masa sekolah tadi.. dah arr ibu hangin satu badan.. bertambah hangin lagi bila ada makcik ni tak profesional langsung pi meninggikan suara ngan ibu kat dalam kelas.. siot jek. Dah la sebelum tu ibu mmg dah mengamuk kat student sebab tak siap kerja kursus.. main main jek.. keje tak siap.. adeh.. dah nak masuk 8 tahun ibu mengajar.. mengajar kelas spm sekarang ni yang paling mentension kan ibu.. diorang wat bodoh jek, walaupun semua dah kasi percuma.. cuma perlu buat jek.. bleh lagi wat tak peduli. Masa ibu mengajar sekolah kg ari tu, tak lah seteruk ini.. walaupun diorg bukan ada duit.. tapi bila suh bli barang.. bleh jek.. kat sini.. semua kasi percuma pun tak wat.. kertas lukisan suh bli sendiri pun tak nak..kedekut ya amat.. ibu plak jadi tension dengan kerja kursus diorang.. takut diorang tak siap.. adeh.. pening pala tgk perangai student putrajaya kat sekolah ibu ni..

Ni berbalik semula pada makcik( cikgu la ni..) yang marah ibu tu.. nie la ayat dia..
" Cikgu.. sepatutnya.. habis masa cikgu kena suruh dia orang turun. cikgu kena kunci bilik seni..dan bla bla bla.( baca ngan suara yang tinggi dan marah)" lagi ibu malas nak layan. Nak kunci mendenya.. kita masih ada kerja kat situ.. dan ada beberapa orng student datang jumpa ibu.. nak tanya soalan..ntah apa apa ntah..kalau cakap elok elok ok. ar.. ni siap tinggikan suara.. cam tengking lak.. terkejut ibu.. bukan ibu jek.. murid ibu yang sedang ibu semak kerja kursus dia pun terkejut.. leh cakap.. " sian cikgu" . Ibu apa lagi.. " ha.. dah semua turun.. berapa kali saya suh turun.. kamu degil.. dah dah.. kuar" Yang ibu hangin tu.. tak boleh ke.. dia datang dekat ibu.. kata elok elok.. guna kan intonasi yang berhemah.. ni tak.. nak tahu sebab apa dia hangin..budak budak ni lambat turun kelas dia.. tu yang dia hangin satu badan tu.. ibu plak dia marah.. budak budak ni bukan makan saman.. ibu dah halau turun.. dia tak mahu turun.. tak kan nak heret kuar suh turun. kalau kecik kecik anak tak pa la.. ni besar gilak.. habis.. ibu nak wat macam mana.. lagi pun ramai yang tak mahu masuk kelas dia.. tu yang diorang buat lambat lambat turun dari bilik seni tu.. sebab diorang kata..cikgu tu ajar tak best.. cakap cakap cakap.. cerita pasal dia ajer..dan bla bla bla.. maleh nak tuleh sini.. tapi ibu kata kat diorg.. "kamu ni semua cikgu kamu kata tak best.. ada jek yg tak kena....kamu jek yang best.."
kalau dia nak marah student yang lambat turun tu.. marah la.. tak yah la marah ibu sekali.. bukan budak tadika.. yang ibu nak tarik dan paksa diorang turun.. dan selalunya, kalau diorang turun dari kelas ibu, on time pun.. diorang akan lambat masuk kelas yang berikutnya.. mmg itu la perangai diorang.. kelas akhir.. nakal, suka ponteng.. dan macam macam hal lagi..

Arghhhh geram nya ibu.. bertambah geram lagi... bila jemput Qaira.. pengasuh kata.. " jue.. ari ni Qaira mengamuk ajek.. tak mahu terletak.. letak jek dia nangis.. bukan nangis sikit.. siap jerit jerit lagi..." apa la Qaira ni.. Jgn wat cam tu selalu.. nanti susahkan orang jaga.. Qaira budak baik.. jgn wat lagi ye..

5 comments:

  1. Heeee seronok baca kesah ibu Qaira hari ini. Memang ia kan kekadang perasaan manusia itu boleh berubah-ubah. Ada masa suka, sayang , rindu dan geram/marah-marah. Bab marah/geram ini tak ada sapa yang dapat nak elak darinya. Tak banyak sikit mesti ada. Tambah kalau suasana persekitaran atau orang sekeliling tak membantu malah menambahkan lagi. Hemmm banyakkan ajelah bersabo ibu!! Agaknya si Qaira tu ada kontek hati ngan ibu. Anak kecil memang kuat tautan hatinya dengan ibu dan ayah. Tambah dah pernah berbulan-bulan duk dalam rahim ibunya. Agaknya itu le kata orang tua-tua. Kalau emak marah-marah anak mesti meragam...Agaknya. Entah betul ke idak. Maap le mencelah pulak kat blog ni. Sesaja rindu nak menjenguk si Qira tu. entah dah pandai apa ya anak ibu tu???

    ReplyDelete
  2. Hehehe.. agaknya la ummu ati.. Qaira dah pandai sepahkan brg. hahaha.. skang peel nya.. tak mahu terletak plak.. dia baru mencuba tuk mengengsot..

    ReplyDelete
  3. hai kak ju ... penat rupanyer ek jd cikgu nie ... sian kak ju. sabar byk2 ye ... kak ju, eila kata kak ju dah pindah putrajaya ... nnt kak ju wat la makan2 jemput su ngan ana dtg ... teringin nk tengok umah kak ju tu .. eila kata cantik surrounding nyer ... boleh ek ...

    ReplyDelete
  4. lor su.. tak yah ler nak makan makan.. datang jerk.. huhuh bawak makanan sendiri.. ihikss.. datang le bila bila masa dan ketika.. ikut la ila kalau dia mai sini

    ReplyDelete
  5. Cikgu mana plak main marah2 tu kak...bkn tak blh cakap elok2 kan...nak kena gak cikgu nie...ni cikgu ada power lebih nie kot or cikgu senior2 nie...nak buli cikgu2 junior nie...sabor2 kak....

    ReplyDelete

Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan