Wednesday, April 30

Teringat kat Opah

Tetiba ibu teringat kat arwah Opah. setiap kali ibu tgk Qaira, pasti ibu teringat kat Opah..17 Mac 2008, jam 3.45 petang, opah pergi mengadap Ilahi tanpa di duga kerana masalah jantung. Penyakit yang tidak pernah di alaminya. Masa tu genap umur Qaira 2 bulan 1 hari. Kehadiran Qaira seolah olah penganti Opah. Qaira hanya sempat merasakan pelukan Opah selama 2 bulan. Opah terlalu sayangkan Qaira. Waktu Qaira demam kuning, Opah la yang begitu gusar hatinya. Opahla yang bertungkus lumus cari ubat untuk Qaira. Nanti Bila Qaira dah boleh mengaji Al-Quran, doakan Al Fatihah dan sedekahkan bacaan Yassin buat arwah Opah dan Qaira kena jadi anak yang baik dan pandai semoga Opah sentiasa gembira di sana.

Hanya Allah yang tahu kesedihan Ibu. Opah seperti menunggu kehadiran Qaira dan Ibu lepas pantang untuk pergi mengadap Ilahi. Ibu redha atas pemergian Opah, semoga Opah Qaira di cucuri rahmat oleh Allah. dan Allah ampunkan segala dosanya. Al fatihah..

1 comment:

  1. AlFatihah buat ibu..somoga rohmu ditempatkan di kalangan org² yg beriman...aminn

    ReplyDelete

Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan