ALLAH TAK PERNAH TIDUR.. BERDOALAH..
Musibah ini benar benar berlaku kepada Jue. Satu pagi, kereta jue break down di tepi Highway Seremban-KL. Jam lebih kurang 6 .15 pg. Macam tulah. Sebagai perempuan.. mmg takutla. Tak tahu nak buat apa. relax jek.. Call en Hasben tak angkat angkat. Dalam hati mmg marah. sangat marah.. sebab diwaktu musibah ni , call en hasben tak dapat. berpuluh puluh kali. tak angkat.
Akhirnya Jue ambil keputusan. keluar kereta. duduk di tepi penghadang tu. penat duk situ.. jue duk dalam kereta sambil buka pintu. Waktu tak terpikir nak call Plus ronda. Mmg tak terfikir. hampir 30 minit. tak der sapa yang berhenti nak tolong.
Untuk meredakan keadaan jue main watsapp dgn rakan opis.sambil selfie.. tunjuk kat dioarang keadaan kereta yang break down tu. Masih cuba call en Hasben.. Masih gagal. Untuk redakan keadaan marah.. ( jue seorng yg baran).. jue berzikir.. Jue ingat ustaz ada kata.. ketika menghadapi kesusahan.. Berzikirlah..
Tahu tak apa yang Jue zikir.. ini ayatnya
Doa Nabi Yunus Dalam Perut Ikan Nun
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Laa ilaaha illa anta. Subhaanaka, innii kuntu minaz zhaalimiin
Laa ilaaha illa anta. Subhaanaka, innii kuntu minaz zhaalimiin
“Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.(QS Al-Anbiya’ : 87).
Jue zikir Ayat tu..
Ya ALLAH.. sememangnya ALLah itu maha besar. Tak sampai 10 minit lepas jue baca.. Seorang Hamba ALLAH dan sebuah kereta Plus Ronda Sampai. Sampai untuk bantu Jue tarik kereta ke tempat yang Selamat iaitu di r n r Seremban. Dan sampai di R n R Seremban baru lah En Hasben call balik..
ALLAHUAKBAR..jgn lupa memohonya padaNYa.. InsyaALLAH.. ALLAH akan membantu kita..
https://youtu.be/4fXztrnfs28
Alhamdulillah syukur akak selamat dan dipermudahkan urusan.
ReplyDelete