Monday, October 19

Ancasa Royale Pekan Pahang

Salam.. Tahun ni sebenarnya dah berbelas-belas hotel ibu jelajah. Bukan sebab melancong sangat. Tapi sebab kerja. Kali ini Ibu bertugas di Pekan Pahang. Ada kerja sedikit yang perlu di bereskan. Untuk kali ini ibu dan rakan ibu merehatkan diri sebelum bertugas. Kami menginap di:-

 Ancasa Royale Pekan Pahang.  Hotel ini terletak di No 2670, Jalan Pekan-Kuantan, 26600 Pekan, Pahang. Jika dari Kuala Lumpur, pi amik Gps.. hehhe Pakcik GPS akan tunjukkan jalan. Mudahkan.  Dari Kuala Lumpur kita akan keluar di Tol Gambang. Dari situ.. omak aii.. jauh giler. untuk sampai ke Pekan. penat drive.. tapi tak sampai-sampai. hahhaha.

Ok.. tak yah nak merepek panjang. kan kan kan.. Hotel ini dalam kategori 4 bintang. Cantik. 

Sumber Gambo dari Pakcik Google.

Ini lah hotel nye. Cun kan. Memang cun habaq hang, rasa menyesal pulak gerak dari KL lambat. hahhahah tapi disebabkan anak-anak.. ibu gerak dari rumah lambat. 

Ibu menginap di Bilik 417. Premium Deluxe . Reganya RM 300 satu malam. Tapi sebab pekerja kerajaan, dapatlah diskaun RM40. Jadi Harganya RM 260 satu malam. Nak naik ke bilik, idak le buleh naik aje. Card kunci bilik tu kena sentuh kat panel yang ada dalam lift tu. Kalo idak,, idak mahu naik.. tinggai le bawah. hehhe..  Nak jadikan cerita.. perghh nampak jakun sat.. hahhhaha.. karpet laluan untuk ke bilik tu.. perghh sodap.. baring pun sodap. tayar beg tonggolam la . Jarang nak dapat karpet hotel yang cam gitu. hahhah.. tapi yer lah kan Hotel 4 Bintang. 

Masuk je ke bilik.. Wauuuuuu.. bestnya. besar. Katil Empuk. Mewah siot. Tapi kejap jek tido.. hahha sebab esok pagi pagi nak kene gerak pi kerja. 


ha.. tu biliknya. Katil SUper Single. Abaikan beg . cantik. kemas.  Tengok lak bilik air dia.. FUiyoooo besar. ada tab mandi. tapi hhaha tak sempat pun nak bertab tab mandi. sebab dah sampai malam. Pagi sok udah Chek OUt.

Bilik Air

Ini kolam renang nyer. Beso ler jugak. Sumber ni amik dari PAkcik Google gak. sebab masa sampai dah malam, maka idak ler jelas gambonya waktu malam kan. Gambo tak banyak di ambil. Penat.hehhehe ini jek gambo yang ada. Kalau kome nak tgk lagi gambo boleh search Pakcik Google. Banyak gambar Hotel ini. 

Ibu mmg cadangkan la sapa sapa nak menginap kat sini. Memang selesa sangat sangat dan cantik. 

Kalau nak menginap kat sini boleh la buat tempahan. Guna Online sekarang dah mudah. Selalu ibu guna AgodaBooking.com dan banyak lagi kan.carilah mana yang sesuai.
 Guna trivago pun ok. 


No comments:

Post a Comment

Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan