Saturday, February 15

Nukilan Dari Ayah utk Anak-anak Qaira dan Dinna

Lokasi Stesyen Keretapi Tanah Melayu, berhampiran Hotel Majestic, KL.

Kereta di hadapan beri laluan untuk 2 orang pejalan kaki wanita melintas walaupun tempat itu bukanlah laluan yang dikhaskan untuk pejalan kaki.

Mereka melintas sambil berlari-lari anak dan menunduk-nundukkan kepala berkali-kali. Mungkin itu gaya mereka berlari. *Bersangka baik.* Agak lucu jugalah. Berbangsa Jepun atau Korea rasanya.

Namun rasa lucu bertukar kagum yang tinggi kerana apabila sampai sahaja di seberang jalan, sambil tersenyum kedua-dua mereka berpaling dan menundukkan kepala. Sekali lagi. Menzahirkan rasa hormat kepada seseorang yang tidak dikenali yang hanya kerana memberi mereka laluan untuk melintas jalan!

Ku nukilkan kisah ini buat anak-anakku Qaira dan Dinna. Andai suatu hari nanti kalian membaca kisah ini, mudah-mudahan
kamu dapat mengambil pengajarannya.

Usah tunggu untuk dihormati kerana untuk mendapatkannya kamu yang harus mulakan dahulu.

11 feb 14. K. Lumpur
Ayah

No comments:

Post a Comment

Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan