Monday, August 4

Sedekah

Selamat Hari Raya Aidilfitri.  MAaf zahir dan Batin. Tahun ini merupakan tahun pertama kakak cuba puasa rAmadhan. Alhamdulillah.. kakak berjaya puasa sebulan. Ni bukan nak cerita pasal kakak berjaya puasa sebulan pun.. hehe nak cerita pasal duit raya.

Semalam lepas ibu dan kakak kira duit raya.. banyak jugak.kakak dapat. AYAH Pesan duit raya tu bahagi 3. Dua bahagian utk simpan dan satu bahagian utk kakak belanja.. Ibu pun bg tahulah kakak..
" kakak.. duit banyak ni kakak boleh belanja.  Kakak boleh beli apa yang kakak nak. Yang lain kita simpan. Masuk bank.". Lepas tu kakak tanya.. buat apa masuk bank? Ibu jawab. Simpan la. Nanti besok dah banyak boleh guna utk kakak jugak. Tetiba dia nangiss.... aikkk asal plak nangis.. hehhhehhe.. ibu tanya.. kakak nangis sebab apa?. Lepas tu kakak jawab....
"Macam mana kakak nak zakat kalau simpan semua?."
Ibu kata.. zakat???.. buat apa kakak nak bayar zakat. Kakak tak payah la bayar zakat. Kakak nak zakat ke.. kakak nak sedekah???...
Kakak.jawab.. eh silap.. kakak nak sedekah.. Ya Allah rasa sebak plak. Anak kecik ibu boleh pk nkk bagi sedekah.. ibu tanya lagi.. ok.. kakak nak sedekah berapa??. Kakak nak sedekah semua duit yg ibu kasi untuk belanja kan ni ke?. Heheeee kakak jawab.. tak.. kakak nak sedekah sepuluh ringgit jek. Ibu jawab ok.. kakak sedekah rm 10 jek. 
Lepas tu ibu tanya... kakak nak sedekah pada siapa dan bila?
Kakak jawab.. kakak nak sedekah utk org miskin dan anak yatim la.. nanti bila  pergi pasar malam kakak kasi la.. ibu kata.. aikk kat pasar malam ke nak sedekahnya.. kakak jawab.. kat pasar malam kan ada tong untuk sedekah tu. Nanti kakak bagi di situ lah...

Ohhh.. betul la.. kalau bawak dia pergi pasar malam or pasar pagi kan ada org yg minta sedekah tu...hehhe.. Apa pun.. tahniah kakak.. u r my princess.

Jam Berapa Dah Ni???

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan