Wednesday, May 22

Selamat menjadi Kak Long my sweetie Qaira

Lamanya dah tak menulis di blog ni. dah expired domainnya, tak gak menulis. Hidupkan balik domain myqaira.com, masih lagi tak menulis. hehehhe tetiba hati ni tergerak nak menulis. Apa yer nak cerita.. Nak cerita.. Tahniah Qaira.. awak akan menjadi Kak Long.. maknanya.. Qaira bakal mendapat adik setelah 5 tahun menjadi anak tunggal ibu dah ayah.

Teruja sungguh anak ibu ini.. selalu tanya.. " Ibu.. bila adik nak keluar..?"  ibu akan jawab.." bulan tujuh". Qaira akan tanya lagi.. lama lagi tak bulan tujuh.. hhehhe.. begitu teruja anak ibu.. eh lupa nak bagi tahu.. sewaktu ibu menulis ni, ibu dah 31 minggu dah.. lebih kurang lagi 7 minggu lagi.. adik akan keluar.. InsyaAllah.. eh kenapa 38 minggu.. bukan 40 minggu? hehhe last jumpa doktor pakar, doktor kata ibu kena bersalin pada usia kandungan 38 minggu, kerana ibu menghidap diabetis.. a. k. a.. Koncieng manih.. hehe kencing manis dan skang tgh on insulin. setiap hari 4 kali kene enjek insulin. 8/10/8/10 hehhehe.. mula mula takut gak nak injek.. tapi bila dah biasa . dah tak takut. kekadang injek tu tak sakit.. kalau salah tempat sakit  jugak. hehhee..

Selalu kalau bawak Qaira beli barang barang untuk adik.. Ya Allah.. dia plak teruja. semua bende dia nak beli. kalau tak kasik beli.. dia menangis..  Qaira akan cakap.. " semua tak boleh beli.. kakak nak beli untuk adik.." hehhehe.. banyak cerdik ini budak. huhuhu

Ni perkembangan bayi dalam kandungan 31 minggu

Lengan bayi anda, kaki dan badan terus membesar - dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala bayi anda. Beratnya lebih kurang 3.3. paun / 1.5 kilogram dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 16 inci / 41 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki. 

Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak sebegitu giat seperti dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda terasa dia menggeliang-geliut, anda tahu dia sihat sejahtera. Jangan tak percaya pula, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Dia dijangka boleh naik berat badan dua paun / 900 gram lagi sebelum kelahiran. 

Organ bayi anda terus mematang dan dia membuang air kecil dari pundi kencingnya: Ini persediaan yang baik untuk melatih dia kencing selepas kelahiran. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diidam-idamkan oleh bayi anda - skan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan. 

Anda mungkin telah meningkat berat badan sebanyak tiga hingga empat paun / 1.3 hingga 1.8 kilogram pada bulan ini. Adalah normal bagi berat badan naik satu paun / 460 gram seminggu semasa trimester terakhir sebab bayi anda mengalami satu lonjakan pertumbuhan terakhir sebelum dia dilahirkan. 

http://www.babycenter.com.my/a1044621/perkembangan-fetus---hamil-31-minggu#ixzz2U0NVYhUw

hehehe.. ok.. stop dulu,, nanti sambung ek.. 


No comments:

Post a Comment

Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan