Sunday, April 8

Dari Sepang ke Kota Bharu

Di saat ini ibu sedang berada di langit biru. Heheh dalam penerbangan AK5282. Air asia dari lcct ke Kota bharu. BOSAN tul. Asyim ke KB Jek. Bulan lepas dah gi gak. Huhuhu. Tapi nak buat mcm mana kan . Udah tugas. Lalalala. Hari ini Kakak dan ayab menghantar ibu ke LCCT. Seperti biasa kalau akak yang hantar akan ada sessi kakak menangis dgn kuatnya sebab nak ikut ibu . Hahhaa. Selalu kalau ibu kata nak pergi outstation , kakak akan kata tak boleh. Ibu tanya kenapa? Dan jawapan paling best dari kakak ialah. " Sebab kakak sayang ibu". Heheh. Tapi ibu akan jawab" ibu kena pergi kerja sebab ibu nak cari duit" Lepas tu akak akan balas. " oh, nak beli patung barbie yang ada rama-rama dekat belakangnya ye". Hahaha. 

Oleh kerana ada sesi tangis tadi maka ibu terpaksa lari dengan laju bila si paramugari( kot la paramugari yang cakap) " ini adalah panggilan terakhit. Diminta semua penumpang penerbangan AK 5282 ke Kota Bharu untuk melalui pintu 12 bagi pelepasan segera. Huhuhu poloh ibu lari. Pastu kapal terbang dah la parking nun jauh di sana. 093. Jauh parking tu. Adeh. Berlari lagi. Sampai jek dalam kapal terbang cik paramugari tu sonyum jek. Ketiak pun dah poluh ni. Hahaha. Layan jek. Kapal terbang ni sepatutnya gerak jam 10.20 pagi. Tapi mak aii. Banyak lak kapal terbang yang beratur nak berlepas. Lobih 15 minit.kot duk berbaris le kapal terbang ni . Satu satu dema berlepas.

Hahaha adeg lama nyer ibu menulis. Biasalah kan. Keybord hp ni kecik. So cik paramugara dan paramugari pun dah bersedia tuk bagi makanan pada penumpang yang ada waran. Heheh ibu dapat lah. Makanan ari ini ialah nasi briyani ayam bukhara.. Sib baik bukan nasi ayam bodo tu. Hahaha.

Tapi ibu tak makan pun sebab baru lepas sarapan kat oldtown cafe tu ngan kakak dan ayah. Ibu belasah nasi lemak. Ayah yang orderkan. Eh.  Kapten kapal terbang dah bersuara. " kita akan mendarat lebih kuran 15 minit lagi. " aik. Rasa baru jek lagi. Hahhaaha. Ok. Tutup dulu. Kang ibu sambung. Kang cik paramugari marah ibi sebab still on hp. Hahhaha.  Jam skang k 11.13 minit pagi.

Sambung balik. Jeng jeng. Hahha. Ibu dah sampai hotel jam 12 tghri. Penerbangan tu amik masa 55 minit jek pun. Nak berehat lak. Kang kul 3 ptg ada meeting. Pergh. Semangat betul kerja. Hari Ahad pun keje.wakakakka. 

Tadaaa.. inilah makanan dalam Flight tadi.. ahaks.. sedap nasi ni.. heheh
 Sepang dari atas langit.. heheh


Tadaaaaa.. kapas yang banyak di langit biru.. cam nak jadi deboo.. debo deboding.. hehe Raksaksa Debo.. makan awan..

Yahooo.. dah sampai langit Kota Bharu.. Inilah Kota Bharu dari atas


ha..banyak lagi hutan kat Kota Bharu ni..hehhee

Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments:

Post a Comment

Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan