Thursday, January 5

Karenah Kakak di awal tahun 2012

Masuk tahun 2012.. pada 16/1/2012, akan genaplah umur kakak 4 tahun.. so ada 11 hari lagi sebelum umurnya 4 tahun. Betullah kata ayah, makin dekat dengan umurnya 4 tahun akan banyak kerenah.. dan bila dah 4 tahun lagi bertambah tambah karenah ni. Antara karenah kakak ialah setiap kali bangun pagi untuk pergi sekolah akan ada permintaan yang pelik pelik. Kalau tahun lepas.. nangiss jek nak pergi sekolah.. kali ni.. permintaan permintaan yang menyebabkan ibu tergelak dan tergaru garu kepala.

ok.. ini adalah permintaan dia untum dua hari pergi sekolah

4/1/2012

Kakak: Ibu.. ari ini kakak tak nak pergi sekolah.. kakak nak main salji, nak meluncur..

Ibu: Kakak kena belajar pandai pandai.. barulah boleh main salji
Kakak: semalam kakak dah belajar dah.. ibu kata boleh main salji..
Ibu: tanya ayah.. ( hewakakkaka.. sebab semalam kakak kata dia suka meluncur dan main salji.. ibu kata.. boleh.. kakak belajar pandai pandai nanti boleh la main salji dan meluncur.. mano nak ku cari salji weh kat putrajaya ni..aku maksudkan belajar pandai pandai, sampai boleh belajar kat obersea.. uwaa.. anak ku.. )

5/1/2012

TlgJam 6.30 pagi aku kejutkan Qaira untuk mandi dan pergi sekolah

Ibu: kakak.. bangun sayang...mandi.. nak gi sekolah kan
kakak dengan mengeliat geliatnya.. malas nak bangun
Kakak: kakak tak nak pergi sekolah hari ini..
Ibu: bangun.. mandi pergi sekolah..
Kakak: tak nak.. ibu.. kakak nak naik kapal terbang...kakak nak pergi sarawak..
Adeh.. dah nak naik kapal terbang la pulak.. pepagi ni.. siap sampai sekolah.. masih kata nak naik kapal terbang.. ni semua kes.. malam tadi tgk kapal terbang kat langit la ni... alahai.. kakak..

Esok??? hahhaha tak tahu la apa lagi..

Jam Berapa Dah Ni???

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan