Sunday, June 19

Taman Tamadun Islam

Kali ini bercerita tentang Taman Tamadun Islam lak. Masa gi Kuala Terengganu tu, on de way nak balik, singah la dulu ke Taman Tamadun Islam. Ibu dan dua tiga kali pergi, cuma kali ini berkesempatan untuk masuk tgk. Selalunya kalau pergi, tgk tgk masjid Kristal jek. Tapi kali ini, hehhe nak masuk jugak.

Untuk warganegara Malaysia, masa nak beli tiket ni kena tunjuk kad pengenalan. tiket nya ialah rm 15. untuk Qaira free, sebab kanak kanak nyer umur 7-12 tahun. kalau bukan warganegara ialah rm 25. Kawasan Taman ni alahai.. besor.. penat nyer berjalan. ajak ayah naik train kat dalam tu... ayah kata.. jalan jek.. adohai.. dah la panas, terpaksa menapak plak, dan paling geram, Qaira nak berdukung lak..alasan nya " kakak Penat" huhuhu.. ibu pun penat la kakak..

Banyak tul senibina Islam yang ada dalam ni.. cantik cantik..teruja tgk Masjidil Haram. pergh... semangat tetiba melonjak nak ke Mekah bila tgk masjidil Haram ni., Ada al Hamra, Masjid biru... dan banyak lagi la.. So sesiapa yang teringin nak tgk esp yang suka akan senibina Islam, anda di galakkan pergi.  

sebahagian gambo masa gi Taman Tamadun Islam tu. 
 Masa ni Qaira nak panjat dan masuk dalam replika masjid ni.
Lihatlah dunia ku.. haha masa ni Qaira duk sibuk menari sebab dia nak jadi Angelina Belerina. ni citer kartun yang tikus menari nari tu . siaran 613 astro.hahha

 Ibu dan myqaira.
 ni gambo penat ni.. pergh.. panas gilak.. masa ni. tapi sebab bergambar punya pasal.. layazz jek..
ok semua ini jek gambar yang sempat upload. nanti kita cerita tempat cuti cuti yang lain pulak yer. Banyak tempat cuti cuti Malaysia ni yang dah pergi, tapi di sebabkan kekangan masa, maka lambat la nak upload. ada yang dah makan tahun dah.. hhehhehe..

Jam Berapa Dah Ni???

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan