Wednesday, April 21

Cinta Si Burung Layang-Layang

Selamat Hari Rabu.. Sempena hari rabu ni, kami nak berkongsi sedikit cerita tentang burung-layang. Nape HARI RABU dan nape BURUNG LAYANG-LAYANG?? Burung lain takleh? huhuhu.. Boleh jek, tp di MyQaira, hari RABU kami angkat sebagai HARI TEMA BERKASIH SAYANG dan posting2 juga akan berkisar ttg kasih sayang...dan burung layang-layang tu adalah berdasarkan cerita gambar di bawah.
Okeh, terus pada cerita. Kisah ni terjumpa di sebuah blog yg sungguh menarik bernama Inspirasi Bonda. (Sila lawat blog ini )..Gambar2 di bawah telah di ambil oleh seorang photographer di Perancis yg telah melariskan jualan akhbar pd hari kisah ini disiarkan di sana. Ikuti 1001 kisah di sebalik gambar2 ini :-

Seekor burung layang-layang yg tak mampu nak terbang lagi setelah dilanggar kenderaan.

 
Dtg rakannya @ pasangannya membantu dan menemaninya dgn penuh setia dan kasih sayang sambil membawa makanan.

 
Namun dia dtg lagi dan terkejut krn mendapati rakan @ pasangannya telah mati. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..

Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi bising seolah-olah sedang memanggil dan menangisi pemergian itu dengan hiba..

 
Masih lagi mencuba. Mungkin utk memanggil rakan-rakan yg lain dtg membantu di samping terus setia di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..

Dan akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya… Hidup menjadi sepi…

Tapi sebagai manusia, kdg kala kita terlupa utk setia pada pasangan masing2. Kesetiaan dan kasih sayang bkn 1 perkara boleh dianggap enteng atau remeh. Dengan kasih sayang, kita akan dikurniakan motivasi dan semangat utk melaksanakan apa jua urusan. Dengan kasih sayang juga, mampu menjadi penyembuh penyakit2 rohani dan jasmani.
Selagi kita hidup, selagi itu kita terus belajar... belajar... dan belajar... utk terus menyayangi pasangan masing-masing...Berkasih sayanglah dengan Yg Maha Esa, krn itu sebenar2nya KASIH SAYANG...
Renung2kan wahai sahabat..

1 comment:

Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan