Monday, April 19

ATLIT RENANG TERBAIK PUNYA

k

Tajuk entry .. pergh.. tapi sapa ekk atlit terbaik tu?? Hahhaha.. sapa lagi.. kalau bukan anak nakal dan bijak ibu. Qaira Tsamaratulqolbi. Sapa sapa jurulatih renang yang sedang mencari atlit renang berbakat.. ha.. kat sini ada. Si Qaira. Umur baru 2 tahun 3 bulan. Air?? Takut idak dia. Nampak air mmg nak lompat jek.

Semalam sekali lagi bawa Qaira mandi di kolam renang. Kali ni bawa budak kenit ni ke Kolam renang terbuka khas untuk kanak kanak kat Presint 9, tapi sebelum pergi ke kolam ni.. pergi dulu ke present 6 dan 11 tapi semua tutup. Qaira dah mengamuk.. “ nak mandi kolam.. nak mandi kolam”.. tu yang akhirnya ke Presint 9. Kalau kat sini, ibu dan Ayah. Memang tak leh join mandi la.. duk monitor jek kat tepi kolam.. Semalam masa mandi tu.. Qaira tengelam, ada makcik makcik kat tepi duk menjerit.. anak sapa tenggalam.. ibu, apa lagi terus terjun.. capai Qaira.. pergh.. kalau budak lain mesti dah meraung dah tu.. Qaira.. nangis?? Na mungkin.. gelak ada.. cis tull.. ibu capai Qaira, pakaikan dia pelampung tangan.. so lagi panjang la langkah dia dalam air..

Ibu tengok budak budak kecik semua duk berpegang ngan kakak or ibu dia masa nak mandi.. Qaira?? Hurmm tak nak nyer dia.. lepas bebas dia.. tgk  dan perati jek la supaya tak lemas..
Meh meh kita layan gambar.. gambar boleh meceritakan segala galanya perihal Qaira…



Jam Berapa Dah Ni???

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan