Tuesday, January 27

Qaira HilanG!!!

23 Januari 2008, lebih kurang kul 6.30 petang, satu kejadian yang hampir menyebabkan ibu gila..Qaira Hilang dari rumah.. 

Ibu tanya Ayah, " anak mana Yang?" bila ibu dengar senyap jek. Qaira tak der ngan Ayah. Ayah kata. cuba carik dalam bilik.. dalam bilik kot?" Ibu panggil.. Qaira..Qaira..Qaira.. ibu cari dalam bilik, dapur, stor, bilik air, bawah meja.. langsung tak da.. Ibu pergi semula pada Ayah.. " Yang.. anak mana?? anak ilang!!!" Ayah terus cari.. kuar rumah.. pintu rumah rupanya tak kunci..terbukak jek..

Ya Allah.. waktu tu Gigil segala kepala lutut... berlari lari mencari Qaira..Qaira.. Qaira... Qaira.. ibu panggil.. air mata tak leh nak kata la.. cari kat umah.. cari dalam bilik tak da.. selalunya kalau Qaira ada leh dengar gelang kakinya.. paling tidak, bila ibu tanya.. Qaira akan menyahut.. 

Ayah cari kat luar,kalau kalau dia merangkak.. ibu jugak cari kat tangga luar.. kalau kalau Qaira dah jatuh bawah.. ibu cari satu tingkat 3, panggil nama Qaira..senyap jugak.. ibu terus panjat tingkat 4, waktu dah sampai tingkat 4, ada seorang lelaki tu terus cakap, baby dah ada kat lobby. ada orang dah jumpa. dia nak hantar gi balai, tapi nak tunggu sekejap sebab nak tunggu ada tak orang cari.. apa lagi.. ibu turun guna tangga.. terus ke lobby.. ibu cari lagi.. orang tu tak der pun..lepas tu ayah kata.. " tuuuuuuuu.. tu Yang.. anak kat perempuan tu".. ibu lari.. perempuan tu bagi Qaira kat ibu lepas tanya ibu.. " ini ibunya ke?" Ibu jawab ia..Ya Allah.. leganya..

Qaira di jumpai di tingkat 4, pelikkan kan..cam mana Qaira ke tingkat 4.. sedangkan kami di tingkat 3. di jumpai lak betul betul depan rumah pengerusi surau kat Apartment kita. Adeh, sebenarnya jangan pelik, Qaira ni agak aktif, dan betul betul depan pintu rumah kami, ada tangga. Ibu rasa, Qaira mesti naik ikut tangga tu. tak mungkin dia naik lif.

Itulah perihal anak ibu sorang ni.. sekarang.. masuk jek rumah, kena pastikan pintu pagar di tutup dan dikunci, sebab Qaira suka sangat keluar. Baru ibu tahu.. perasaan orang yang hilang anak.. ibu yang kehilangan Qaira pun.. rasa cam nak gila.. jerit jerit panggil nama Qaira.. kehulu ke hilir tak tentu arah. Ya Allah.. selamatkan lah Anak ku Qaira..Amin

Jam Berapa Dah Ni???

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan