Sunday, October 19

SMs PengasuH

Salam...ju tadi akak nak ckp dah lupa la... cam mana ye nak mulakan.. ju akak ingat akak dapat jaga Qirah smpai cukup bulan ni je la.. cuba ju cari orang lain jaga mana tahu klu gan orang lain dia ok..bkn akak xnak jaga..apa2 hal ari isnin kita bincang blk ok

huhuhu. tu dia sms dari pengasuh Qaira. Adeh.. apsal la Kak Liza ni. masa Ibu amik Qaira dia tak kata apa pun. walaupun sebenarnya ibu dah tahu dia tak mahu jaga Qaira dah seminggu. Ibu nak tunggu dia cakap jek. Ibu tahu sebab ada orang sampaikan pada ibu. pengasuh ni cerita tak mahu jaga Qaira dah.. sebab Qaira suka nangis.. hahhaah.. ala.. lagipun ibu dah tahu.. sebab dia dah amik sorang baby umur 3 bulan.. sebab tu dia malas nak jaga Qaira lagi. Tapi ibu Ok je.. sebab mmg ibu nak pecat dia.. hahaha.. tapi ibu nak pecat dia masa ibu dah mula cuti sekolah.. tapi bila dia dah memecatkan dirinya.. kira ok la tu kan..

Ibu pun rasa dia tak sesuai jaga Qaira.. sebab skang setiap kali ibu hantar Qaira kerumah dia.. Qaira menangis sakan.. sambil pengang leher ibu.. orang kata budak ni sebenarnya tahu.. kalau pengasuh tu tak suka dia.. atau wat tak layan jek.. atau etc la yang menyebabkan budak ni tak suka.. ntah la.. tu orang kata..

nak tahu apa ibu balas sms tu...

"ok"
hahha.. tu jek yang ibu balas.. sampai hujung bulan ni so ada lagi 2 week untuk cari pengasuh.. hope leh dapat dengan segera.. kalau tak kena cari nursery.. Ibu kata dengan ayah.. kalau senin ni dapat pengasuh.. senin ni dah saya tak mahu hantar ngan dia.. huhuhu..

Adeh.. pengasuh ni banyak peel sebenarnya.. dan berkira sangat.. hahha.. ibu hantar Qaira kul 7.05minit.. dan akan amik Qaira kul 2.30 kecuali ada meeting ibu akan amik Qaira lambat. seminggu kekadang sekali.. kekakadang dalam seminggu tu tak der langsung. Ada kala dalam sebulan bila cuti sekolah selama seminggu ibu tetap bayar penuh. Kalau anak orang lain yang dia jaga tu.. keje bukan cikgu.. hantar kul 730 dan amik kul 5 lebih. .kalau ibu amik lewat.. dia buleh telephone kat satu lagi pengasuh anak kawan ibu.. tanya kawan ibu dah amik anak atau tak.. dan selambanya pengasuh tu kata.. cikgu ni mmg amik anak dia kul 5.00.. 7-5.. adeh.. ibu yang amik ikut waktu ibu balik sekolah.. bukan kira bagus ke ibu?? huhuhu..
Ibu tak boleh kata kat dia.. ibu balik lewat ari ni ada meeting.. haha.. jap jap kang dalam kul 12.30 dia akan sms.. ju.Qirah nangis jek.. bley amik awal tak? adeh.. ju.. akak demam..bley amik awal tak? akak nak gi klinik? ju,, akak nak cuti.. ju... bla bla bla.. ibu akan kata.. Ok.. huhuhu... so.. nak ikutkan.. ibu malas nak cari pengasuh baru wat masa terdekat ni.. sebab nak cuti sekolah.. tapi di sebabkan pengasuh ni dah tak mo jaga Qaira.. terpaksa la ibu cari untuk sementara sebelum cuti sekolah.. kalau ok.. teruskan.. kalau tak ok.. leh cari lain.. nak merayu pada dia.. suh jaga Qaira sampai cuti sekolah??? wakakka. jawapannya..

Mintak Maap.. tak kuasa den nak merayu.. huhuhu

Jam Berapa Dah Ni???

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan