Tuesday, June 10

Jalan Jalan Habiskan Minyak

7 hb Jun hari tu , pagi-pagi lagi ibu dah kejutkan Ayah dan Ibu mandikan Qaira awal dari biasa.. huhuhu kul 7.30 ibu dah mandikan. Cadangnya nak gi Nilai 3, sebab ada majlis cukur jambul Qistina. Tapi sebelum tu nak pergi Hulu Langat dulu nak hantar kain Mak Long Qaira yang tertinggal kat Achik Ila tuk bawak balik kampung. Masa dalam perjalanan gi Hulu Langat tu la, ayah Qaira telefon Pak Ngah Kamil. Tetiba Pak Ngah Kamil kata tak jadi. huhuhu.. Esoknya baru buat. Hari ahad pulak..kerana ketidakjadian itu.. hehe betul ke ayat tu? belasah jek la..lepas jek gi Hulu Langat, kita gi Putrajaya. Jalan-jalan habiskan minyak. Mula-mula gi PICC, lepas tu gi Wetland, yang malangnya gi Wetland ni ialah.. hari hujan. Dah namanya pun wetland ye tak? lalalala..nak kuar tak leh. Kita ronda satu Wetland dalam kete jek la. Terasa cam tgk dinasour kat Jurassic Park lak..huhuhu.. Bagi ibu tak der la best pun Wetland. biasa jek. Abis ronda Wetland dalam hujan.. kita gi makan kat Taman pertanian. Makan laksa dan satay. Lepas makan laksa inilah perut ibu sakit..huhuhu.. Meh tgk gambar gambar yang sempat di upload....
Photobucket Photobucket
Qaira yang sedang menghayati bangunan PICC sambil tido. ahakss..

Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket
Gambar ini masa kat Taman Pertanian Putrajaya. Tak larat la ibu nak daki Taman ni. Tinggi sangat.

Photobucket
wat apa tu dik??? sembang ngan kawan ek!!


Photobucket
Ni lah satu satunya gambar yang sempat di ambil kat Wetland. sebab lepas tu hujan pun turun. hehhee

Jam Berapa Dah Ni???

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan