Saturday, April 22

TAHNIAH KAKAK


Terima kasih kakak kerana mengembirakan ibu dah ayah. semoga kejayaan mu berterusan dunia dan akhirat

Srikandi Qaira

Asalamualaikum


Bila Qaira mula berani untuk menyertai persembahan silat. Chaiyokk kakak. Semoga menjadi Srikandi Melayu.

Tuesday, April 18

Air

Untuk difikir²kan.

HEBATNYA AIR.

Dahaga .. cari air..
Mandi .. cari air..
Masak .. cari air..

Kenapa tidak kita contohi air??
Dicincang tiada putus.
Di bakar tiada hangus.
Di mana duduk ikut acuan.
Mengalir ikut arus.

Ikut hukum Allah.
Ikut aliran.
Tiada mudik ke hulu.
Tiada terbang ke langit.

Belajarlah dari air.
Taat pada hukum Allah.
Nampak lemah.
Nampak cair.

Api marak .. airlah pemadam.
Pokok layu .. airlah disiram..

Berlembutlah seperti air.
Berjuanglah seperti air.
Lembut belum tentu kalah.

Lihatlah air.
Setitik demi setitik menimpa batu,
Akhirnya berlubang jua si batu...

Biar hati seperti air.
Biar sejuk biar tenang.
Tampak lembut, tampak cair.
Kemenangan tetap milik air...

Jangan seperti batu.
Keras dan kaku.
Terhempas pecah berderai.
Pecah bersepai...

Berjuanglah seperti air..
Dicincang tiada putus.
Dibakar tiada hangus.
.

Semoga bermanfaat dan yang paling penting Allah redha.. Allahumma aamiin..

Sunday, April 16

WANITA SYURGA BIDADARI DUNIA

Dengar lagu ni.. syok. Wajib dengar untuk semua wanita solehah.

WANITA SYURGA BIDADARI DUNIA

Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah..
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa
Laksana surga di dunia

* Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Ketangguhan dirimu yang terbingkai sholehah
Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa
Sejukmu menentramkan jiwa

Reff: Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga
bak permata berharga
berbinar indah dalam kesucian jiwa

*********************************

wahai anak- anak ku Qaira Tsamaratulqolbi dan Dinna Husnil Khotimah.
Jagalah dirimu.. peribadimu.. Ingat.. kamu anak-anak ku umpama permata berharga. Jadilah kamu anak solehah dan muslimah sejati

amin..

doa ibu untuk anak anak ibu yang tersayang

Saturday, August 6

Qaira dah darjah dua dan Dinna tiga tahun

HAI SAYA QAIRA DAN INI DINNA. KAMI ADA 4 KERLUARGA. WOW DINNA DAH PANDAI LUKIS ORANG SENYUM.DIA BARU TIGA TAHUN DAH PANDAI LUKIS ORANG SENYUM . KITAORANG TINGGAL KAT BANDAR SRI SENDAYAN,SEREMBAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan