Saturday, June 15

Qaira so active and talkative

Hari ini ibu dan ayah pergi ke tadika Qaira. GENIUS AULAD SEREMBAN 2.utk melihat perkembangan budak bijak ni.  

Melihat buku rekod prestasi Qaira.. Alhamdulillah. Hampir semua topik yang di ajar.. bacaan, english reading, jawi, pendidikan agama.. budak bijak ni menguasai. Cuma dalam hafazan ada dua ayat yang belum begitu menguasai iaitu.. surah al insyirah.. dan bacaan tahyat akhir.. sebenarya dua hafazan tu di rumah dia dah baca.. cuma tak lancar.. tak per.. nanti ibu dan ayah ajar kakak bagi lancar ye syang.. jgn risau.. small matter jek tu.. hehhee.

Lepas tu ayah tanya.. apa perancangan lagi 6 bulan ini utk Qaira di sekolah.. cikgu kata. Utk matematik.. ajar megira sehingga no 50. .. dan utk bahasa.. ajar sehingga huruf M. Adeh.. tapi ibu kata.. Qaira.. boleh kira sampai 200. She can count until 200.  Dan Qaira dah boleh membaca.. hehhe.. kita mohon supaya.. jgm stop qaira count sampai 50.. biar dia kira berapa banyak yg dia suka. Dan biar dia belajar berapa banyak yg dia mahu.. nanti bila dia stop sedangkan dia boleh lebih dari itu.. Qaira akan boring.. dan kacau orang. Hehe..

Ayah tanya.. perangai Qaira di sekolah.. dia ada kacau kawan kawan tak?. Cikgu kata.. dia tak kacau.. but.. she so active and talkative.  Dia bila buat keje akan cepat siap.. lepas tu.. cakap jek..
Hahhaha.. itu betul. Mmg Qaira banyak cakap.. dan ibu panggil Qaira.. mak nenek. Hahhahaha..

Apa pun.. Terima kasih cikgu.. kerana mengajar anak sy dengan baik.

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Boleh suggestkan tak child care kat seremban 2 ni bagus kat mana ya? untuk baby 3 bulan ke atas

    ReplyDelete

Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan