Thursday, June 13

Let baby decide... Baby ibu dalam keadaan songsang..

Tadi lebih 5 jam menunggu utk jumpa doktor di hospital putrajaya. Perut lapar tak hengat.. no 651. Tgk kat screen nom tu asyik lompat-lompat. Kejap no 700 lebih.. kejap no 800.. ada lak.. tetiba no 0009.. adeh.. sakit jiwa dan raga menunggu..

Berkat kesabaran ibu mengandung ni. Hehe akhirnya kul 2.30 baru panggil masuk.. bayangkan.. ibu sampai kul 9.30 pagi.. so jumpalah doktor yang cantik ni.. huhhu.. perkara pertama dia tanya..

Doktor: pn nak bersalin normal atau c- zer
Ibu: nak normal.. tapi takut plak.. hehhee
Doktor :.. kita cuba normal la yer pn.. so ada hypo tak..
Ibu: takder doktor..
Doktor:. Ok la. Cam tu ikut jek yang lama punya .. kita tgk keadaan baby .. pn baring .

Ibu baring kat tempat tu scan baby tu..doktor pun pegang perut ibu.. rasa-rasa..

Doktor: baby songsang ni pn.. tgk ni.. kepala kat atas..
Ibu: nanti dia pusing balik
Doktor: boleh pn. Tapi kita tgk 36 minggu.. kalau masih tak pusing kita set utk operate.. tapi pn kena masuk wad..kita nak monitor.
Ibu:oh.. maknanya sy kena operate la jugak doktor
Doktor: tak pasti lagi pn.. kita tgk baby macam mana. Kalau dia pusing.. kita cuba la cara normal.. tapi pn mmg kena paksa bersalin pada minggu 38  sebab pn insulin 
Ibu: oh macam tu .
Doktor: tak pa pn.. lets baby decide.. dia nak keluar  ikut mana..
Ibu: hehehhe.. yup.. biarlah dia pilih.. mana jalan terbaik utk dia..

Ibu mendoakan.. supaya baby pusing kearah sepatutnya..  amin

Jam Berapa Dah Ni???

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan