Saturday, June 29

Edisi bergambo di depan panggung wayang

Ini adalah edisi bergambo di depan panggung wayang di Alamanda sementara tunggu ayah jemput. Hehehe..sementara tunggu ayah tu sempat gak la menengok wayang Monter university.  Nak jalan jalan.. ibu dah tak mampu.. sarat dah ni. So sementara tunggu ayah jemput.. baik tgk wayang . Sebenarnya ibu ada chek up kat hospital putrajaya. Ibu dah habis chek up kul 12.30 macam tu. Call ayah..ayah kata lambat sikit ambik sebab nak packing barang.. ibu kata.. tak pa lah.. ibu gi Alamanda dengan kakak.

Nak jadikan cerita. Masa nak pergi Alamanda tu ibu nak naik shuttle hopsital putrajaya dan berenti di Putrajaya sentral. Dari situ boleh naik bas atau teksi.. ke alamanda.  Tapi masa ibi dan kakak sampai jek.. shuttle tu dah penuh. So kena tunggu satu lagi. Hehe.. tak lama tunggu ibu nampak teksi lalu.. ibu tahan la.. sebelum tu ibu tanya.. berapa.. dia kata.. tak pa kak.. naik jek.. ishh... malas nak tunggu. . Naik jek la la.. tapi dalam teksi tu dia kata.. selalu gi Alamanda berapa kak.. ibu kata rm 10  heheh.. mmg gitu lah hg nya..pastu pemandu tu kata.. sy tak tahu jalan ni kak. Kak tunjuk yer.. saya teksi luar. Hohohoho.. ibu kata ok la.. dalam teksi tu dia sembang .. dia kata dia setiap hari dari kl ke putrajaya. . Hantar customer. Sembang sembang.. sampai Alameda. Ibu bayar guna duit rm 50. Hehe mmg tak do duit kecik.lepas tu dia kata.. sy tak der tukar la kak.. pastu ibu carik carik.. dapatlah rm 6. Ibu nak kira syiling dah.. utk tambah.. lepas tu dia kata.. tak pa la kak.. kak bgi jek sy rm 6 tu.. aik.. boleh ke.. tanya ibu.. dia kata.. tak pa la kak. Rezeki anak dalam kandungan akak. Hehehe.. Alhamdulillah. Itu jek citer nyer pun. Hahaha.. meh meh layan gambor kakak. Bergambar di panggung wayang.

Jam Berapa Dah Ni???

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan