Saturday, January 28

Happy Besday Ayah ..

entry kali ini bukan cerita mengenai myQaira, tapi ibu nak cerita mengenai Ayah Qaira. Kenapa nak citer mengenai Ayah Qaira plak??? jawapan ibu.. saja.. hehhehe.. bley tak jawapan tu.  Ibu ni bukan jenis manusia yang reti nak tulis ayat ayat berbunga .. hahha maka.. ayat yang bakal ibu tulis ini hanya menggunakan ayat ayat santai jek. BUleh gitu kot. hahhaa.. 

Tahun ini ialah tahun ke 5 perkahwinan ibu dan ayah. Nak citer apa ni sebenarnya??? hahha.. baca dulu.. nanti tahulah apa yang ibu nak ceritakan. Sebelum kawin.. perkara pertama kita kena fikir ialah SEKUFU..Apa maksud sekufu?? hehe ni ibu search en google untuk mendapatkan maksud sekufu.

MAKSUD "SEKUFU"
Sekufu ialah persamaan (setaraf) diantara calon suami dan calon isteri. Persamaan ini boleh dilihat dari beberapa sudut iaitu:-
  1. Beragama dan baik. Maksudnya lelaki yang fasik tidak sekufu dengan perempuan yang solehah.
  2. Pekerjaan. Contohnya lelaki yang bekerja sebagai tukang sapu tidak setaraf dengan anak perempuan tokoh korporat.
  3. Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh dalam perkahwinan.
Sekufu adalah hak calon isteri dan walinya. Walaupun sekufu bukan syarat sah perkahwinan, ia adalah perlu kerana persamaan ini tidak memerlukan pasangan suami isteri mengubah kebiasaan hidup mereka memandangkan kebiasaan hidup mereka adalah hampir sama. Selain itu, ia dapat mengelak calon isteri dan wali menjadi malu.
  @credit to http://peguamsyarie-farihah.blogspot.com/2011/01/tahukah-anda-maksud-sekufu.html
 
Dah paham kan apa maksud sekufu. Kalau ibu dan ayah kami tidak sekufu  bab pekerjaan dan taraf pendidikan.. tapi ibu sikitpun tak kisah sebab ibu rasa ayah sekufu dan tidak hipokrit mencintai ibu.. wakakkaka cam geli jek ayat mencintai tu.. kah kah kah.. ades.. Ibu ingat lagi.. apa Atok tanya pada ayah masa ayah datang umah.. " Kau mampu ke tanggung anak aku.. ??" ahaks.. jawapan ayah?? ntah.. ibu tak tahu.. bila tanya. ayah kata adalah..hahha.. 

Sebelum ibu bersetuju untuk kawan dengan ayah.. ibu tanya ayah.. soalan cam gini.. "kalau sya nak kan sesuatu yang mahal.. awak boleh belikan?? " Jawapan ayah ialah.. " Jika sya tak mampu, akan akan cuba belikan sesuatu yang hampir sama dengan apa yang awak nak.. selepas itu jika ada rezeki lebih.. insyaAllah sy akan belikan.. "  ayat tu jek menyebabkan ibu suka dan terima ayah.. hahaha.. lawak tak?? pelik tak?? tak yah pelik.. sebab untuk ibu jawapan itu tidak hipokrit.

Sebelum berkahwin, ibu minta ayah sambung pelajaran, untuk ibu mungkin ibu boleh terima apa yang ayah ada.. tapi untuk orang lain.. mesti mengutuk.. isteri ada degree.. suami spm jek?? Ayah jawab .. Insya Allah saya akan sambung. 

Sebelum kawin.. ibu minta ayah berhenti merokok.. Ayah jawab insyaAllah.. benda ni amik masa. sebab sy dah merokok sejak kecik.  Ibu kata ok.. sebelum bertunang.. awak mesti berhenti.. tapi bertunang pun tak berhenti.. ibu kata lagi.. ok.. sebelum kawin.. kene berhenti merokok.. ibu siap kira kan.. berapa ribu yang dihabiskan untuk setahun dan kata.. kalau suatu hari nanti kita tak boleh pergi haji sebab tak cukup duit kerana duit tu awak beli rokok.. sy nak awak tanggung dosa tu.. hehe ganas tak ayat??? wakakka.. tu bukan ganas.. tu ialah motivasi kepada ayah supaya berhenti merokok.. AKHIRnya pada 3/12/2006 ..pada hari pernikahan ibu dah ayah.. AYAH TELAH KOTAKAN JANJINYA.. BERHENTI MEROKOK.  ibu ingat lagi.. lepas jek sanding.. ibu kata ngan ayah.. ibu salam tangan ayah.. ibu kata.. "En Ierwan Nor Haffieze bin Taib.. mulai hari ini dan saat ini awak berhenti merokok"
Ibu pernah gak skodeng, kot kot ayah pembongak yo ngan ibu.. haha.. ibu pernah gak tanya adik ayah.. tapi jawapanya.. "abg tak merokok dah"

Masa mula mula kawin. hidup ibu dan ayah agak susah.. maklumlah ayah keje kerani akaun jek. gaji kecik. tapi tak der sapa tahu . kekadang dalam dompet ayah langsung tak der duit.. sian ibu tgk ayah.. tapi ayah tak pernah nak kata dia tak der duit. Ibu yang selalu tgk dompet ayah.. ibu akan masukkan duit. sian kan.. sedih pulak tgk ayah masa tu. tapi waktu tu ibu redha jek. 

Masa ibu mengandungkan myQaira.. ayah yang jaga ibu.. masa ibu sakit kena kayap.. sewaktu ngandung 6 bulan, ibu langsung tak leh berjalan. ayah la yang dukung ibu.. hehe TQ Ayah.. lepas myQaira lahir.. ayah selalu gak cuti lagi sebab kakak selalu demam.. akhirnya ayah dibuang kerja.. adoii sedihnya waktu tu.. ibu terpikir pikir.. cukup ke gaji ibu.. tapi ayah seperti biasa.. ibu tgk relax jek. Tak lama lepas tu .. ayah dapat keje baru..  Alhamdulillah.. gajinya banyak la jugak. kalau ayah dapat tangkap projek ayah akan dapat komisyen. Boleh tahan la jugak.. Tup tup. ekonomi merundum.. Ayah di minta oleh bosnya untuk cari kerja lain.. sebab bos nya tak mampu nak bayar gaji. sekali lagi musibah melanda .. sedehnya ibu.. Allah jek tahu.. tapi ibu tahu ayah mesti akan cari jalan untuk dapatkan sumber pendapatan.  Sebelum ayah berhenti keje tu. ibu dan ayah cuba cuba bukak kedai onlinewww.kedaibestari.blogspot.com. masa meniaga main main ni dapat la duit duit tambah untuk bayar duit susu anak dan beli lampin.. ok la kan.. tapi bila ayah di minta berhenti.. ayah cari keje .. tak dapat.. dapat.. so ayah amik keputusan nak berniaga sendiri. Ibu sokong mana yang baik jek.. Mulai hari itu.. www.kedaibestai.blogspot di tukar jadi www.kedaibestari.com . Alhamdulillah .. berkat usaha gigih ayah.. rezeki Allah mula menampakkan hasilnya.. hehhe.. Alhamdulillah. sampaikan anak sepupu myqaira tanya dengan ibu.. " Mak long.. maklong dah kaya ye?" tergelak ibu.. dengar.. ibu tanya kenapa.. dia jawab.. ye la..dah ada ipad, ps2, hp.. hahahha.. BoBOY nama budak bertuah tu. " ish ish ish.. nampak sangatlah dulu kita miskin kan yang.." ibu kata kat Ayah.. ayah gelak jek la. hahahah

So Hari ini berita gembira lagi satu.. AYAH TELAH TUNAIKAN JANJINYA LAGI.. AYAH DAH SAMBUNG BELAJAR  di OUM http://www.oum.edu.my/oum/v2/ amik course DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN.  heheHEHE..

mASA makan tengahari tadi, ibu kata kat ayah.. awak dah tunaikan janji awak pada saya la ekk nak sambung belajar.. ayah cakap.. saya mana pernah tak tunaikan janji.. cehhhh.. hehhehehe..


FOR AYAH. IBU CREATE CITER NI Khas untuk AYAH.. HAPPY BESDAY YANG KE 35. MOGA ALLAH SENTIASA MURAHKAN REZEKI DAN DI BERIKAN RAHMATNYA KEPADA MU.. SEMOGA KELUARGA KITA TERUS BAHAGIA.. AS U KNOW.. WE.  LOVE U SO MUCH.. HEHE

HADIAH..??? NANTI la sya beli ekk.. tak sempat ..

No comments:

Post a Comment

Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan