Monday, March 8

Destinasi Makan-Makan - Aunty Aini Garden Cafe, Nilai.

Destinasi kita kali ni adalah di sebuah restoran yg mmg unik. Pada mulanya ingat mcm nak singgah umah org, sbb pintu gerbang nak masuk dan pagar sekelilingnya tinggi. Terletak plak di kawasan kg yg kalo skali pandang mmg tak sangka ada sebuah restoran kat sini. Nama restoran tu ialah Aunty Aini Garden Cafe. Kira2 2 km drpd pekan Nilai menghala ke Salak Tinggi ikut jalan lama.

Uuu.. Shedapnyaaaaaaaa.. hehhe menu makan makan kita hari ini..
1. Masak Lemak cili Padi daging salai..
2. sayur sawi
3 sambal belacan
4. air teh ais. (ayah nyer)
limau barli ( Ibunyer)
Air Song ( Qairanya)
5. Aiskrim tapai..
huhu.. ce tgk masak lomak CIli padi daging salai tu.. pergh.. cam sedapkan.. tapi.. masih belum lagi boleh lawan masakan mak mertua aku.. ( uwan Qaira) hehe..
eeeeeeeeee.. shedapnyaaaaaaaa aiskrim tapai. Salah satu keunikan yg ada kat restoran ni. Mmg layan lah eskrim ni woiii..rugi tak try..

Tadaaaaaaaaaaaaaa... depan pintu Aunty Aini Garden Cafe.. hehe..kat Nilai.. la la la..
Masakan kat sini ok la dan tapi suasana makan mmg best.. redup.. pokok pokok keliling.. best best.. cam makan kat kampung kampung lak.. so jom cuba...

Jam Berapa Dah Ni???

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan