Monday, December 15

Qaira dan Cirit Birit

Lamanya tak menulis kat blog Qaira ni. tetiba lak malas nak menaip tu tiba. tu yang mula ibu malas tahap gaban sakit perut tu.. hahaha..tak sangka.. blog Qaira ni dah dekat setahun dah umurnya.. ialah.. seumur dengan Qaira. Qaira pun dah 11 bulan.. lagi sebulan jek anak ibu akan sambut hari jadinya yang pertama.. ish ish ish.. cepatnya masa berlalu.. dari Qaira dalam perut.. ibu bersalin.. pandai meniarap.. merangkak.. tup tap tup tap.. tak lama lagi pandailah berjalan.. huhuhu.. 

Qaira ni semakin meningkat bulan umurnya.. semakin tu la kerap demam.. demam kebah.. demam.. kebah.. ish ish.. Bila ekk.. haa.. 3hb Disember.. Qaira dimasukkan ke wad kecemasan.. apa lagi sebab cirit birit.. huhuhu.. ntah apa yang tak kena tak tahu la.. kalau nak ikut makanan.. makanan yang biasa di makan la ibu kasik.. adeh.. sian ibu tgk..cirit birit berserta demam... argh.. mana yang kene dulu pun ibu confius.. demam atau cirit birit.. ada yang kata sebab demam terlampau panas.. maka dia akan cirit birit.. ada yang kata lak.. cirit-cirit birit tu la yang menyebabkan dia demam.. Akhirnya ayah pi tanya doktor.. doktor kata kemungkinan demam boleh menyebabkan cirit birit sebab terlampau panas.. atau dia demam.. so infection di kerongkong.. boleh menyebabkan jangkitan dan cirit birit.. adeh.. huhu.. so.. meh tgk gambo si kenit ni masa kat emergency room.. 

huuhu.. sibuk dia tgk tiub yang melekat kan tangan nya.

jeng jeng jeng.. ibu toleh kejap jek.. Si Qaira cabut tiub tu dari tangan dia.. Ya Allah memancut air keluar.. ish ish ish.. 

cuba tengok.. dua dua belah tangan dia berbalut.. haha. mana taknya.. dah cabut tiub kat sebelah kiri ..so nurse terpaksa wat lagi satu kat tangan sebelah kanan lak untuk masuk air.. 

Muka keletihan.. hahaha ibu tido tak sampai sejam .. sebab jaga Qaira malam tu.. jap jap dia nangis.. jap jap dia berak.. wakakka.. tgk la muka selebet jek.. 

Tapi kan.. jeng jeng jeng.. sebelum kami gi sepital Putrajaya ni.. kami sempat gak pergi....

hahaha.. bukan pergi mana pun.. tapi gi makan kat kafe .. lapo gilak.. seharian tak makan.. mana sempat nak makan.. pepagi lagi 3 hb bulan tu ibu kena gi kerja jap. so tak sempat nak sarapan.. ibu terpaksa suh ayah jaga Qaira kejap.. pas balik keje.. terus gi klinik Putrajaya.. kita sampai dekat kul 12.tengahari.. pas tu nurse kat triage tu kata.. "akak datang petang la.. tapi sebelum tu pergi chek suhu badan anak.. kalau tinggi kita akan call doktor supaya leh tgk anak akak segera.. Akak pergi ke bilik prosedur 21.. untuk chek suhu.." pastu ibu ngan ayah bawak Qaira chek suhu.. Alamak suhu Qaira dah meningkat ke 39. 5 c. . nurse tu terus call bilik doktor . pastu masuk kan ubat demam dari bontot.. buka buka pampers.. rupanya berak lagi.. pi basuh dulu.. pas tu baru masuk.. dengan kata lain.. Qaira berak sejam sekali.. adeh.. Pastu kita tunggu untuk masuk jumpa doktor.. sampai bilik doktor.. doktor kata.. anak kena masuk air ni..bawa ke emergency room hospital putrajaya... 

ni lah muka budak yang nak kena masuk air tu.. huhuhu.. tgk muka dia.. ghope cam sihat jek.. padahal.. sakit tu.. sebab takut dia dehydration.. kasi dia minum banyak banyak.. Alhamdulillah.. dalam kul 5 cam tu.. Qaira leh Kuar dari Emergency.. nasib baik.. tak tahan wad.. huhuhu. Kuat anak ibu ni .. cayalah Qaira..sayang dia..

1 comment:

Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan