Monday, October 6

Raya raya Di Perak

Disebabkan kita balik raya ke 2 kat Tapah.. banyak aktiviti tidak dapat di jalankan.. kita balik raya ke 2, sampai Tapah lebih kurang kul 6.00 petang. Malamnya kita gi umah Pak Kamri.. raya raya. Satu jek rumah yang kita leh pergi malam tu. Hari Jumaat, cadangnya nak pergi umah Atok ngah kat Bidor. tapi di sebabkan Atok ngah n family pergi ke Terengganu, aktiviti menziarah tidak dapat dijalankan. Cuma Makcik Tipah n Family, Pak Ngah Ijon n Family datang umah beraya. Pas tu petangnya.. kita berhongga hongga ke Tesco Kampar, beli barang tuk masak sabtunya... cadang nak wat nasi ayam n ayam golek.. tapi semuanya tak jadi.. wakakka ibu wat ayam goreng jek.. meh tgk aksi aksi yang sempat dirakamkan..

Ayah dan Qaira sempat gak beraksi sebelum berangkat ke Tesco..


Kat tesco Kampar.. sempat lagi tu ayah amik gambar ibu dan acu Ija

AKTIVITI HARI SABTU. BERAYA KE CAMERON HIGLAND

hari ini kita berhari raya ke Cameron Higland rumah Mamak Dullah ( mamak ni bukan mamak india muslim tau.. tapi panggilan untuk pakcik saudara)




Achik Ila dan fahim.. Qaira( comel tak)


Achik Ila dan Qaira. Hari ini Qaira pakai baju ikut fesyen Achik Ila dia.. comel gak ibu tgk.


Ayah dan Qaira

Orang beraya.. budak dua orang ni sibuk main bawah meja.. beraya bawah meja..

Fahim suap kuih kat Acu Ija
Sejukkkk.. mamak berpeluk tubuh sejuk.. hujan masa ni.. adeh sejuk gila.. Air paip nya macam air dalam peti ais.


merenung di kejauhan..

Fahim. the nakal Boy..geram tgk senyum n mulut dia..
Lepas beraya umah Mamak Dullah sempat gak la kita bersiar siar dalam hujan.. hahha..

Acu The Cactus Girl.
Ayah dan Qaira.. ngah teliti kaktus .. Qaira tu sebenarnya ngah sibuk nak pegang kaktus tu..

Bergambar di Bharat Teh.

lawak tul tgk gambar ni... huhuhu..

Qaira telah memetik bunga untuk di jual kat salah satu kedai jual pokok bunga ni.. adeh.. ibu sorok sorok.. buang bunga tu kat bawah.. kang tak pasal pasal diorang suh beli bunga tu.
HARI AHAD
kejapnya cuti.. dah kena balik Putrajaya.. tak best betul la..
selamat Tinggal Tapah.. Bulan depan balik lagi.. huhuhu..
terkojut penjaga tol tu.. tetiba kilat kuar dari kete.. hahha.. kilat flash camera

Qaira seperti biasa tido... barang banyaknya..
Atuk kata macam nak meniaga kat pasar malam punyalah barang banyak... huhuh.. Selamat hari raya.. Maaf zahir Batin.. wat semua pembaca blog setia










Jam Berapa Dah Ni???

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan