Tuesday, October 14

Ibu lak yang Demam

Hari ini ibu lak yang demam.. eh.. bukan hari ini.. sejak hari Ahad lagi ibu dah demam.. Pagi pagi Ahad.. ibu dah bangun.. ibu merengek.. ( wakakkaka ayah kata kalau ibu demam dia rasa cam nak hantar ibu duk hospital) kat ayah.. ibu demam.. ayah sempat wat lawak.. jom amik mc.. wat per.. hari ahad.. pas tu ibu makan panadol.. alhamdulillah.. leh la. sihat sekejap.. pas tu gi beraya kat Setapak n Pantai Dalam.

Pas tu pagi tadi ( pagi Isnin) dalam kul 3.00 pagi.. ibu terjaga dari tido.. kesejukan.. adeh.. demam lagi.. amik baju sejuk.. pakai stokin.. makan panadol.. chilok selimut ayah.. dan selimut ibu sekali pakai.. pas tu.. leh la balik tido.. dan dalam kul 6.oo pagi.. walaupun jam dah bunyi kul 5.30 pagi.. ibu bangun.. badan rasa tak sihat lagi ni.. rasa melayang jek.. cam nak tumbang.. pala pening.. badan still panas.. ibu bangun gak.. mandi.. siap siap.. sempat lagi masak bubur Qaira tuk hantar umah pengasuh.. dalam kul 6.30 ibu rasa cam tak larat sangat.. ibu dah siap ni.. pakai tudung.. pastu ibu kuar umah gi umah auntie Niza.. Ibu kata.. Nieza.. bg tau opis akak tak larat nak gi sekolah.. demam... ( umah auntie niza tu dekat jek.. tak sampai 20 langkah..) huhu.. pas tu ngan baju dan tudung tudung sekali ibu baring n tido.. dalam kul 7.00 ibu bangun semula.. ibu kata.. kat ayah.. ibu demam.. ayah seperti biasa wat lawak ngok ngek nya.. saya hantar awak kat sepital pakar yer.. ciss... dalam kul 10 pagi cam tu.. ayah hantar ibu gi Klinik Kita kat kajang. Bukan Kat putrajaya ni tak der Klinik.. tapi ibu selesa kat situ. dan doktornya pun mesra rakyat.. huhu. Ibu malas nak gi klinik kerajaan kat putrajaya ni sebab punya lah ramai orang.. kalau ibu demam sikit.. ibu leh tahan lagi..ni kalau nak tunggu masuk jumpa doktor.. bley pengsan dulu..huhu.. walaupun sebenarnya ubat kat klinik kerajaan skang ni lagi bagus.. adeh.. tapi di sebabkan ibu tak lalu nak menunggu lama..

Ibu dapat MC 2 hari.. doktor suh berihat.. tuam tulang belakang ibu sebab dia kata cam bengkak.. jgn urut.. makan ubat batuk n selsema ni akan menyebabkan ngantuk.u tido dan berihat.. akibatnya.. huhuhu.. tadi.. ibu makan ubat dalam kul 12.30 cam tu.. ibu tido.. sampai kul 11.30 malam ibu baru bangun.. Qaira pun cam tu.. sebab per arr..?? maybe sebab Qaira nyusu badan ibu kot.. sebab tu Qaira pun lalok sama.. huhuhu

No comments:

Post a Comment

Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan