Thursday, October 23

Gerunnya Ibu.. Adeh

Tadi.. ibu masuk kelas tingkatan satu. Sambil mereka membuat lukisan.. biasalah ibu akan duduk dekat dengan mereka.. sambil buat.. sambil sembang. dan sambil mengajar diorang melukis.. tiba tiba.. jeng jeng.. ada seorang budak perempuan dengan muka tidak bersalahnya.. bertanya...
" Cikgu.. perempuan boleh buat love bite tak pada lelaki?"

aiyak.. terkejut beruk,, cipan.. dinasour dan sebagainya.. Ibu terlopong seketika.. lepas tu ibu bertanya..
" mana awak tahu semua tu?"
" ala.. ada budak yang buat".... adeh...
" Cikgu pernah buat tak?" ayo..yo.. soklan .. lagi sekali ibu terlopong.. sambil garu kepala yang tak berapa gatal.. muka ibu muka pelik.. ( korang bayangkan la.. cam mana wat muka pelik)
" kalau saya buatpun.. saya ada suami.. halal.. ( bley tak jawab cam tu?).. awak jgn mengada ngada nak buat.. dosa.. mula mula wat mende cam tu.. sok mengandung.. sapa susah..?? " ibu jawab ngan muka yang masih lagi pelik.. adeh la..
" sakit tak buat cikgu?? saya rasa mesti sakit.. sebab dia macam gigit jek" aiyoo,, adeh.. kepelikan ibu semakin menjadi jadi..
"mana kamu tahu semua ni...siapa yang buat?"
" ala.. cikgu.. ramai yang buat.. dalam kelas kita pun ada.. ( dia pun sebut nama)"
" mana kamu tahu dia buat.. fitnah tu"
" cikgu tak caya cikgu tanya.. ( nama di rahsiakan)"
Ibu pun bertanya la pada....
" ala. mana bley bagitahu cikgu.."
" bagitahu jek.. saya bukan nak bagitahu sesapa.."
ibu pun pujuk.. pujuk.. punya pujuk.. akhirnya termakan pujuk..
" ala.. cikgu.. si ( nama di rahsiakan) dia pernah buat.. dia tunjuk kat saya.. dia wat kat.. tutttttt.. belah kiri.. dan tuttttttt.. belah kanan" adoiii.. pening palo ibu.. macam ni kah generasi baru...dia sambung lagi.. " dia suka duk dalam gelap cikgu.. waktu malam kalau bf dia ajak kuar.. dia kuar.. kul 3 pagi pun dia kuar.. sebab tu cikgu nampak dia selalu mengantuk dalam kelas.."

Ibu tanya macam mana bley kuar.. mak dia kan ada waktu malam kat umah..
" ala cikgu...waktu malam.. mak dia dah tido.. dia kuar la pelan pelan."
ibu.. terus terdiam.. adeh...

Jam Berapa Dah Ni???

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan