Sunday, June 22

Makna Sayang Ibumu wahai penghuni syurga

Sy sejujurnya mmg tak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada Ibunya dengan alasan-alasan yang diberikan. Tetapi sy sungguh terkesan dan menangis melihat video itu. Benarkah seperti kata si ibu.. sy sayangkan anak saya.. sy miskin.. kekangan masa.. kerja.. bla bla bla.. tak tahu macam mana.. ntah la.. sy tak boleh menerima alasan alasan kurang masuk akal ibunya. Ibu kata.. dia sayangkan anak nya.. Yup.. I accept.. tapi apa bukti sayangnya?? adakah dengan membiarkan anak ini hidup, memberi makan .. meletakkannya dalam bilik berpasir seolah olah macam sy bela kucing. Beli pasir letak untuk berak dia.. letak dalam sangkar.. dan biarkan dia berak dalam pasir.. Ya Allah.. adakah itu maknanya sayang si ibu?? Ya Allah.. Anak syurga itu rupanya di duga dengan sayang ibunya sebegitu rupa.

Makna sayang ibumu.. meletakkan kamu didalam bilik seperti kandang
Makna sayang ibumu.. memakaikan kau dengan pakai koyak rabak sehingga auratmu tercela
Makna sayang ibumu.. meninggalkan dirimu sebusuk itu ketika kerja
Makna sayang ibumu.. memberikan kamu makan sendirian sedangkan kamu tidak mampu untuk makan sendiri
Makna sayang ibumu dengan membiarkan kamu seorang orang seperti rangka bernyawa..
itu makna sayang ibumu..

Bersyukurlah sayang.. Allah gerakkan hati sekumpulan pegawai imegresn untuk menjalankan tugas mencari PATI.. menjadi asbab dirimu ditemui.. Jika tidak.. tidak tahulah.. berapa lama kau akan terus menderita begini. walaupun dirimu mmg tidak mengerti apa apa. Tahniah semua yang terlibat.. walaupun PATI tidak kau temui.. tetapi harta ini lebih berharga lagi. Ya Allah.. selamatkanlah Anak kecil ini. Anak syurga ini..

 
Ini bukti kasih sayang ibumua.. Ya Allah.. Anak Syurga ini diberikan kasih sayang sebegini...

Anak-anak ibu.. Qaira dan Dinna.. ingatlah.. jgn kau hina insan sebegini.. mereka ini dijanjikan pasti Syurganya.. sayangilah mereka.. hormatilah mereka.. Ingat anak-anak ibu,,

Jam Berapa Dah Ni???

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan