Tuesday, April 1

Ayah mari kita buat adab-adab sebelum tidur..

Ayah, mari kita buat adab-adab sebelum tidur nak?

MasyaAllah.. dah lupa sebenarnya bila kali terakhir melakukan dengan tertib adab-adab ini. Kadang kita rasa kita dah cukup tahu. Namun seringkali lalai dan lupa. Malam ini dengan izin Allah Yang Maha Penyayang, dihantarNya seorang kanak2 untuk menegur dan mengingatkan kita kembali. Subhanallah!
------------------------------------
Mula-mula jom kita ambil wudu' sama-sama.

Lepas tu kita baca Surah An Nas, hembus ke tangan dan sapu ke muka.
Baca Surah Al Falaq dan Surah Al Ikhlas pun kena tiup dan sapu ke muka.

Lepas tu kita tepuk-tepuk tempat tidur. Kalau tak nanti kita tidur dengan semut dan lipas.. *sambil buat muka cemas-geli-takut.

Tidur menghadap kanan dan tangan ke pipi. Macam ni. *sambil buat demo

Baca doa tidur tau.
-------------------------------------

*Terima kasih Allah atas kasih sayangmu. Terima kasih kakak Qaira Tsamaratulqolbi! Untuk kesekian kalinya.

Kredit kepada Genius Aulad Seremban 2 yang membantu kami mendidik anak kecil ini. Terima kasih.

Jam Berapa Dah Ni???

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan